March 30, 2010

Hock Nam, Jijik & MEB

Deii..ini bukan HeShame la. Org tua ni tak biasa tarik balik dia punya perkataan apatah lagi mohon maaf. Jangan haraplah nak dapatkan permohonan maaf Tun Dr M, walaupun ko kata dia racist tahap jijik.

Geng2 ni standard la. Kalau Guan Eng, Kit Siang dah tak bising pasal Melayu, sambung pulak Hock Nam, Si Pin. Pastu tu MCA pulak nak jawatan sana-sini mula la berkokok nanti kata MEB ada diskriminasi la, tak adil la. Aku serius respect la geng2 ni punya kerjasama. Mesti ada check and balance.. Yang tak paham2 lagi bangsa aku ni la...

Bila PERKASA nak jadi mekanisme check and balance, Melayu jugak yang tukar nama jadi PERKOSA!!


-----------------------

Gerakan: Ucapan Mahathir ‘Menjijikkan’
Malaysiakini: Mac 29, 2010

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.


----------------------

MEB

Aku nak komen satu perkara berkenaan matlamat dasar baru kerajaan (MEB) ni iaitu matlamat untuk menaikkan pendapatan per kapita daripada US$7K kepada US$15K. Government has yet to unveil the strategy, initiative and action plan towards achieving this vision tapi kalau takat retorik tanpa implementation yang betul, nasib malang DEB akan timbul semula. Bagi aku kegagalan DEB dulu bukan pada matlamat, strategi atau initiatifnya tetapi pada implementasi.

Kalau masih bergantung kepada pekerja asing dari jurutera-jurutera kanan sehinggalah pekerja di restoran2 mamak, jangan haraplah pendapatan per kapita akan meningkat. Kita perlu membezakan tenaga kerja Malaysia dan China, India, Vietnam misalnya kerana sampai sudah pun kita tak akan dapat menandingi harga buruh mereka yang rendah.

Satu cara sahaja iaitu meningkatkan K-ekonomi i.e. meninggikan tahap expertise tenaga kerja Malaysia sedia ada. Tanpa K-ekonomi sampai bila2 pun kita akan ketinggalan dari negara2 maju seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

Yang keduanya hapuskan subsidi supaya kita boleh berdaya maju & kompetitif, walaupun GST, harga minyak yang meningkat, akan menidakpopularkan (betul ke ayat ni) kerajaan sedia ada. Ingat kos sara hidup tak pernah mempunyai trend menurun....

Kesimpulan cerita pendek di atas: -

i. Jangan bising kalau ada pihak nak buat inisiatif untuk rakyat be it atas dasar politik sekalipun sebab kita sendiri tak boleh fikir ke tahap itu, so jangan la banyak komen.

ii. Kalau nak harapkan tenaga kerja Malaysia sedia ada, syarikat2 berasaskan keuntungan akan pergi kepada tenaga kerja asing melainkan tahap pemikiran orang kita meningkat.

iii. Kerajaan takkan boleh tampung subsidi manjang. Sebelum kompetitif kerajaan hilang, baiklah kita berubah. Kalau kita tak transform, habis negara ni nanti kena transform oleh geng2 atas tu (bak kata deme geng2 tu Traders Then, Invader Now!...)


P/s - Fikir-fikirkan lah...baca juga posting lama di sini dan sini...

March 26, 2010

'Refreshed' Hobby..

What might be the similarity between workshop and a hobby? None, except for hard work (pre, while and post workshop) and release of tension for the latter. Anyway I got a 'refreshed' hobby....

3 lil' Nemo (Anemonefish) - refreshing...
Acanthurus Leucostrnon a.k.a The Powder Blue Tang - at peace!!

Workshop - muka2 tension. See, what'd I tell you...

Happy Birthday PDRM!

I just do not sure why but I really like this movie. From the movie's plot, the script, the background music...everthing. Will never miss if it is aired in national TV. I even have a DVD collection that I seldomly use. When most people talks about Avatar, V3 Samseng Jalanan etc, for me its either P. Ramlee's movies or BUKIT KEPONG!

In conjunction with PDRM's 203rd anniversary, RTM2 aired the movie again yesterday night. Personally, I must admit the movie was very motivating, might lead to hatred in certain part (not neccessary if you channel it in a positive ways) but still my fav movie sepanjang zaman...At some point (with the sound of gun and bombs, and when Sgt Jamil Mohd Shah refused to surrender and yelled "..kami orang-orang polis takkan menyerah, biar kami mati di sini. Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami!!..") I wish I'm one of the policeman at the Balai Polis Bukit Kepong, Muar that night. Feb 23rd, 1950 the bloody Bukit Kepong tragedy witnessed a total 25 policeman and their families (including 3 children) died in the hand of Communist Party of Malaya.

Of late, PDRM has been whacked left and right. No doubt some might due to their own mistakes, but most of it must be from political agendas. For them just do your job and do it proudly. Just remember how proud Sgt Jamil and his other policeman bertempur selama lebih 4 jam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong (obviously not only the police station but the true spirit in fighting for nation). Tapi janganlah juga terlalu angkuh dengan apa yang ada kerana telah ramai MAT INDERA yang berada di sekeliling kita.

To those who died in that tragedy, I pray that your soul be placed among the pious. Al Fatihah!

P/s - All my kids watched the movie till the end. Tahniah pada Tan Sri Jins Shamsuddin diatas penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Utara Malaysia. Your Bukit Kepong is a masterpiece!

March 22, 2010

ElSadig ElZubair Ali Mohammed

Innalillah! I received this news from my former staff, Norma this morning. Our PG student and a good friend of mine, ElSadig ElZubair Ali Mohammed and his family met with an accident in Serendah. His wife had passed away on the spot while he is currently under the intensive care at Selayang Hospital with serious head injuries. His elder daughter is also having a serious injuries while the other two kid survived.

I remember assisted this family when Elsadig wanted to bring them to Malaysia, few years back. I pray for your recovery, brother (that’s all I could think off right now) as well as your children.


--------------------------------------------------

Wanita hamil terbunuh
Md Fuzi Abd Lateh
Harian Metro: 22 Mar 2010

SERENDAH: Seorang wanita warga Sudan yang sarat mengandung maut selepas kereta dipandunya terperosok di bawah treler membawa cerucuk konkrit berhampiran sebuah stesen minyak di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.45 malam itu mengakibatkan suami mangsa yang berusia 40-an parah dan tiga anak mereka di tempat duduk belakang parah manakala mangsa yang berusia 40-an mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat manakala suami dan tiga anak mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kejadian itu masih dalam siasatan dan polis terpaksa mengambil masa bagi mengenal pasti status kewarganegaraan mangsa memandangkan tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa.Namun, berdasarkan siasatan awal, semua mangsa adalah warga Sudan.

March 16, 2010

Kegembiraan Terpancar Di Wajah Sahabatku..."

Sahabatku di hadapan rumah Tuan Guru Nik Aziz, baru-baru ini.


KENAPA NIK AZIZ?

Aku x mo bercakap pasal politik, tapi sebab2 lain kenapa ramai yang menghormati TGNA ni. Antaranya: -

Memiliki Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al Azhar dan menguasai bahasa Arab, Tamil, Urdu selain bahasa Kelantan :)

Telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 16 tahun, 39 tahun sebagai ahli Parlimen & DUN tanpa adanya kontroversi. Menteri Besar Kelantan itu telah menerima anugerah sebagai MB paling bersih dari Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) yang disampaikan pengerusinya, Ezam Mohd Nor pada 2005.

Antara Muslim yang paling berpengaruh di dunia di tempat ke 42 pada 2009. DSAI 450, TDM, Najib belum tersenarai. Cuma yang tak syoknya Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar dari SIS pun tersenarai jugak.

“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan”

Tekanan berlebihan dan serangan berterusan tanpa batasan oleh para pemimpin Umno menyebabkan rakyat Kelantan merasa amat tercabar dan sangat terhina. Akibatnya, perasaan kekitaan rakyat Kelantan semakin kental dan solidariti mereka dengan Tok Guru semakin kukuh.

Dan mungkin banyak lagi sebab2 lain, tapi harapan aku….

“PAS adalah penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar perlembagaan Negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan Negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan keutuhan Negara”…TGNA

Kalau ini terjadi kegembiraan pasti terpancar di wajahku pula...


March 14, 2010

Aku x Percaya!..(elok dilagukan macam nyanyian Liyana Jasmay)

I just could not understand. Up and down, left and right I just simply could not figure it out. You remember Ariffin bin Muhamad a.k.a Ayah Pin? Could you believe this guy, had clearly declared himself as a non Muslim, but still having lots of followers (most of them wealthy Muslim that supports his believe). He is back via cyber space now and believe me you’ll see lots of his follower soon.

My question was why is it that we are easily been influenced by these kind of people?

Of late we have been introduced to “Shamsuddin Ajaib”. Man with three wives, never let any of his wives to work (thou their only source of income comes from his followers’ charity and claimed those who work are stupid) and has high imagination of having sex with underage girl. And yet he still has lots of follower including the parent of hapless Siti Nur Zubaidah Hussin. Pak Hussin, what actually was in your mind, ha?

Tabligh pun tabligh la tapi pikir la takkan budak bawah umur yang tak mengerti satu apa pun boleh nak dibuat bini? KDN charge aje rogol/kidnap biar dia tau ajaibnya duk behind bar cam Abuya dulu (dicadangkan parent kepada Siti Nur Zubaidah gak!).

I guess that’s why we need to have a good fundamental of religion (yang obviously bukan hanya khatam quran), irrespective of whatever we believe in. Otherwise, we might be easily losing our direction dan melakukan kekhilafan. Itulah moral of my story to a friend afiqsiddharta sekiranya dia ingin memahami.

Ketua Penerangan, Sila Beri “Penerangan”!

Anggota tentera maut, motosikal bertembung kereta Tian Chua
Berita Harian: 13 Mac 2010

JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi.

"Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh. "Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan," katanya. – Bernama


[komen] Takde ape2 nak komen sebab segala kecelakaan yang terjadi telah ditakdirkan…Cuma tertarik dengan kenyataan bahawa Ketua Penerangan PKR ni pemandu kepada Tian Chua rupanya. Agaknya dah selalu kena tarbiah dengan Tian Chua dalam kereta, terus boleh jadi Ketua Penerangan Bahagian la kot. Mungkin juga aku salah tafsiran atau penulis Utusan Meloya ni freshie kot tapi kalau betul la...huhu.. lawak 1Malaysia.



Satu lagi...satu lagi...Mungkin Tian Chua terlepas cakap yang dia nak jadi calon bebas kot. Ape jadi dengan kes YB Ng - Mohd Bakri aa? 


March 13, 2010

Aku "Wajib" ...Korang??

Ada lima jenis pekerja atau pemimpin untuk kita renungkan dan secara praktikalnya mempermudahkan pemahaman bagi kita mengukur dan menilai diri sendiri dan pekerja-pekerja dibawah tanggungjawab kita.


1. Pekerja atau pemimpin “Wajib”

Jenis pekerja atau pemimpin wajib ini mempunyai ciri-ciri yang disukai: kehadirannya, diperlukan, mesti ada sehingga ketiadaanya sangat dirasakan (rasa kehilangan).

• Dia sangat disukai kerana keperibadiannya yang sangat mengesankan, wajahnya yang selalu bersih, cerah dengan senyum tulus yang dapat membahagiakan sesiapa yang bertemu dengannya.

• Tutur katanya yang sopan tidak pernah melukai sesiapa pun yang mendengarnya, bahkan percakapannya sangat bijak, menjadi penyejuk bagi hati yang gersang, pembimbing bagi yang tersesat, perintahnya tidak dirasakan sebagai suruhan, orang merasa terhormat dan bahagia untuk memenuhi harapannya tanpa rasa tertekan.

• Akhlaknya sangat mulia, membuat setiap orang merasa bahagia dan senang dengan kehadirannya, dia sangat menghargai hak-hak dan pendapat orang lain, setiap orang akan merasa aman dan tenang serta mendapat manafaat dengan kehadirannya.


2. Pekerja atau Pemimpin “Sunat”

Ciri pekerja atau pemimpin jenis ini adalah : kehadiran dan keberadapannya memang menyenangkan, tetapi ketiadaannya tidak merasa kehilangan. Kelompok ini hampir mirip dengan sebahagian yang telah dihuraikan, berperestasi, budaya kerjanya baik, peribadinya menyenangkan, hanya sahaja ketika tiada, lingkungannya tidak merasa kehilangan, kenangannya tidak begitu mendalam. Seandainya kelompok kedua ini lebih berilmu dan bertekad mempersembahkan yang terbaik dari kehidupannya dengan tulus dan bersungguh-sungguh, nescaya dia akan naik peringkatnya kepada golongan yang lebih tinggi dan lebih utama.


3. Pekerja atau Pemimpin “Mubah”

Ciri khas pekerja atau pemimpin jenis ini adalah: ada dan tiada sama sahaja. Sungguh menyedihkan memang dengan kehadirannya tidak membawa erti apa pun baik manfaat ataupun mudarat, dan kepergianya pun tidak membuat orang merasa kehilangan. Pekerja jenis ini adalah orang yang tidak mempunyai motivasi, cincai sahaja, asal kerja, asal datang, tidak memikirkan kualiti, prestasi, kemajuan, perbaikan dan hal produktif yang lain. Sehingga kehidupannya pun tidak menarik, datar-datar sahaja. Sungguh menyedihkan jika hidup yang hanya sekali ini tidak bermakna. Mesti segera dipelajari latar belakang dan penyebabnya, seandainya boleh dimotivasikan dengan kursus, latihan, pertukaran kerja, mudah-mudahan boleh meningkatkan semangatnya.


4. Pekerja atau Pemimpin “Makhruh”

Ciri pekerja atau pemimpin kelompok ini adalah: adanya menimbulkan masalah, tiadanya tidak menjadi masalah. Bila dia ada dipejabat akan mengganggu kerja dan suasana walaupun tidak sampai menimbulkan kerugian besar, sekurang-kurangnya membuat suasana tidak tenang; ketenangan berkerja serta kerja yang baik berlaku jika dia tidak ada. Contohnya, dari penampilan dan kebersihan badannya mengganggu, kalau bercakap banyak sia-sianya, kalau diberi tugas dan pekerjaan selain tidak selesai, tidak memuaskan bahkan mengganggu kerja pekerja yang lain.


5. Pekerja atau Pemimpin “Haram”

Ciri khas kelompok ini adalah: kehadirannya sangat merugikan dan ketiadaannya sangat diharapkan kerana menguntungkan. Orang jenis ini adalah manusia termalang dan terhina kerana sangat diharapkan “ketiadaanya”. Tentu sahaja semua ini adalah kerana perilakunya sendiri, tiada perbuatan buruk yang tidak kembali kepada dirinya sendiri. Akhlaknya sangat buruk bagai penyakit kronik yang boleh berjangkit. Kerap memfitnah, mengadu domba, suka bercakap besar, tidak amanah, serakah, tamak, sangat tidak berdisiplin, pekerjaannya tidak pernah jelas ujungnya, bukan menyelesaikan pekerjaan malah sebaliknya menjadi pembuat masalah “trouble maker”.

Sila kita renungkan, adakah anda termasuk dalam kategori yang mana? Mudah-mudahan semua ini menjadi bahan renungan agar hidup yang hanya sekali ini anda boleh gunakan untuk mengubah diri dan mempersembahkan yang terbaik dan yang bermanafaat bagi dunia dan akhirat. Jadilah manusia yang “wajib ada”. Mudah-mudahan..!!

Untuk renungan kita bersama..!!

DI MANAKAH KITA?? Hasil tulisan Hashim Karni, February 23, 2010

 

March 12, 2010

Poor Baby Prasana

Indira gets custody of daughter from Muslim husband
Malaysian insider: By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, March 11 — After a long drawn out and bitter battle in the courts, kindergarten teacher M. Indira Gandhi was finally granted custody of her 22-month-old daughter Prasana Diksa at the Ipoh High Court today. High Court Justice Wan Afrah Wan Ibrahim made the decision in chambers this morning and issued an order for Indira’s Muslim-convert husband to hand over Prasana immediately.

Indira’s lead counsel M. Kulasegaran told reporters outside the courtroom later that the judge had made the decision as it was in the family’s best interest for Prasana to return to her mother and be together with her other two siblings, Karan Dinish, 11, and Tevi Darsiny, 12.

[comment] I do not wish to undermine the Court Decision but… (I rest my case). If you are a Muslim as I am, you will understand how I feel right now. Poor Karan, Tevi & Prasana. I’m just hoping Allah will re-open their heart for Islam sometime, someday.

“Also, the judge said that Mohd Ridzuan does not even have a steady job,” he said.

[Comment] What kind of comment is this? Unemployed rate in Malaysia 50%?

Kulasegaran added he hoped Mohd Ridzuan would abide by the court’s order and return the child immediately. “The court has also allowed him visitation rights at once a week,” added Kulasegaran.

[Comment] One day learning about Islam Vs Six days practicing Hindus?

Prior to the decision, Kulasegaran said that the counsels from the Perak Religious Department had objected to Justice Wan Afrah presiding over the case as the matter should be referred to the Syariah Court.

“However, the court decided that it had the jurisdiction to hear the matter as Indira is a non Muslim. Furthermore, being a non-Muslim, Indira cannot go to the Syariah Court,” he said. Meanwhile, in a separate court, Indira’s application to seek leave for judicial review to quash the conversion of her three children to become Muslims was postponed to April 3.

[Comment] Justice Wan Afrah? Betul ke nama ni? Oh ya..Justice Civil Court. I'm sorry but I always associating Civil Court Justice with the Bar Council.

Indira has been embroiled in a fierce custody battle for her children with her husband since early last year. She has also been trying to ensure that her children, who were converted to Muslims without her knowledge by her husband, remained as Hindus.

[Comment] There you have it!!

P/s – Read some good input at:
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=566:draf-cadangan-penyelesaian-isu-saudara-mohd-ridzuan-abdullah-dan-keluarga&catid=7:ilmiah&Itemid=69


March 11, 2010

"Takpa.."

Scene 1 - Takpa Eh! Kita tengok dulu lepaih tu baru la kita bertindak..
Scene 2 – Takpa, takpa. Kita bertindak bila sampai masanya...
Scene 3 – Takpaaa...Nanti dia tau la nasib...
Scene 4 – takpa, masanya akan tiba. Sat lagi ja...
Scene 5 – The scene will continue until...you pun buleh figure out lah!

Camtu lah kita. Sifat ‘takpa’ sentiasa ada dalam jiwa. Mungkin sebab dah diajaq sedari kecik (udah jadi kutei kata orang Perak) atau kita memang tak reti2 diajar (cam kurang ajar gak la gamaknya).

Dulu depa datang mai Tanah Melayu ni sebab main bola Semi Pro, peh tu datang sebab cari rezeki. Takpa la. La ni mai Malaysia sebab belajaq, melancong la. Baguih la tu tapi yang tak baguihnya depa bawak depa punya perangai huduh tu skali. Yang kita pulak macam tu la perangai ‘takpa’ kita ni memberi ruang pada depa bertapak di sini.

Dulu kita bagi puak-puak seberang nu citizenship ataih nama kemerdekaan..takpa la (takpa lagi!). La ni pun ada rasa cam kena jajah balik...takpa la jugak. Ni nanti puak-puak Pak Hitam ni...merdeka pa lagi? Yang aku dok heran tu Melayu2 ni pakat bulieh memanjang: -


BULEH SHARE

Pakat buleh share dengan Mat2 asing ni...Lain dari yang lain kot?

BH 5 Aug, 2008: ”Banyak khalwat hujung minggu”
Oleh Noor Aznida Alias

KUALA TERENGGANU: Jumlah kes khalwat gadis tempatan dengan warga asing di negara ini meningkat 100 peratus setiap tahun dan tangkapan paling banyak dibuat pada malam Sabtu dan Ahad. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata kejadian itu berlaku kerana gadis tempatan mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan warga asing, termasuk Indonesia dan Afrika.


Ada jugak yang sibuk...

KOSMO 2009: ”Janda dirogol 3 kali Mat Afrika baru buat report polis”

KUALA LUMPUR: Menjadi tanda tanya. Seorang janda hanya membuat laporan polis Rabu lalu selepas mendakwa dia dirogol tiga kali oleh seorang warga Afrika yang menyewa rumahnya sejak sebulan lalu. Apabila ditanya mengenai kelewatannya membuat laporan polis, dia memberi alasan terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 34 tahun tinggal di sebuah pangsapuri di Batu 9, Cheras.


Atau mungkin sebab lelaki Melayu tak romantik? Lelaki Melayu dah beralih arah pada Minah Indon?

UM 1 Feb 2010: ”Lelaki Melayu tidak romantik?”
Oleh NORAINI ABD. RAZAK

LELAKI Melayu tidak romantik? Pasti ada yang bersetuju dan sebaliknya. Persoalan ini bukan baru. Ketika pekerja asing terutama dari Bangladesh dan Pakistan berduyun-duyun masuk ke Malaysia, isu ini hangat diperkatakan. Khabarnya gadis tempatan berpinar mata untuk membuat pilihan.

Selain kelihatan segak, bergaya – lelaki asing dikatakan ada faktor ekstra iaitu romantik. Tidak kurang juga memilih lelaki dari negara sempadan. Sampai sanggup buang emak, buang saudara semata-mata mahu mengikat kasih dengan lelaki bukan Melayu. Bagaimanapun pula lelaki bukan Melayu tempatan. Lelaki berbangsa Cina, India? Romantikkah mereka berbanding kaum sejenis tetapi berketurunan Melayu? Bertambahkah angka perkahwinan campur antara gadis Melayu dan lelaki bukan Melayu? Jika meningkat mungkin boleh dijadikan fakta sokongan bahawa lelaki bukan Melayu memang romantik. Sebab itu agaknya mereka berjaya menambat hati gadis Melayu.


BULEH TERIMA

Kes penderaan, rogol hingga menyebabkan kematian Aliyah, anak berusia tiga tahun yang tak berdosa. Aku salahkan omaknyo!


BULEH TERTIPU

Black Money konon buat duit dengan ibu duit, membersihkan duit, keldai dadah, exstacy dan bermacam-macam lagi penipuan Pak2 Hitam ni. Yang selalu kena Melayu jugak..

The Star 16 Jan 2010: "Four foreigners nabbed for black money scam"
By BEH YUEN HUI

JOHOR BARU: Four foreigners including a woman were arrested for a black money scam involving millions of ringgit. The suspects - three Nigerian men and an Indonesian - were picked up in a series of operations in Kuala Lumpur and Selangor this week.

Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff said a special task force comprising police from the Federal and Kluang district, was formed following a police report lodged on Dec 24. "Follow up investigations led police to an apartment in Ampang where the team arrested another man and a woman the next day,'' he told a press conference at the state police headquarters in Johor Baru on Friday. DCP Mohd Mokhtar said police recovered 1,000 pieces of US$100 notes, believed to be fake, and several documents said to be used in duping the public into believing the scam.


BULEH BUAT DONNO


KOSMO Mac 2010: ”Pak Hitam kuasai padang taman - Penduduk setempat hanya mampu melihat, tidak berani tegur”.


Yang berani tegoq tak ada tapi marka yang pi nengok Pak Hitam ni bermandi peluh ramai...

Aku ngaku bukan sume pak Hitam ni jahat. Banyak jugak yang baik. Budak2 Sudan kat sini kalo jumpa ngan aku siap peluk2 lagi. Kalau budak Ethiopia ada style salam pulak. Cuma budak2 Egypt je yang lagak lebih2 sikit. Bising bukan main lagi tapi habuk pun tarak. Of late, ada pulak sekumpulan budak2 ni buat perangai dengan orang2 kampung...Samseng x kena tempat la tu! Nanti aku share pengalaman aku dengan kawan Pak Hitam ni masa belajaq di State dulu.


PAK X BERAPA HITAM


Hehe...geng2 ini pun kena pantau gak ni!!



March 10, 2010

Color Yourself Successfully

I remember this two words that I uttered to a new staff of mine couple of years back.. Naive & White! Those words were actually a compliment if she could understand it .. (well! maybe na├»ve might not be a good choice of word and she might took it negatively). White simply means free from colors.

Over time she took the challenge and starts to color the white background that I mentioned earlier. She painted it vibrantly thou and today we can see lots of powerful colors that identifies her thought, emotion, confidence and style. I do like the changes especially when it involves hard work, leadership and proactiveness.

To her do not stop painting. Some of your audience might appreciate it very much but some might dislike your art. So be it. Most importantly do not stop cos’ I’m sure there are many more spot needs to be colored.

This posting is dedicated to you..

March 09, 2010

Teliti Lagi..


Dulu dia mintak sebat, tak jadi! Masuk paper..
Dia dibawa naik van, sampai tengah jalan patah balik van tu! Masuk paper lagi..
Hari tu dia kena mengadap Tengku Mahkota dulu. Muka depan..
Hari ni Tuanku Sultan pulak nak kena teliti. Masuk paper sekali lagi..

Bila nak abis daa...


---------------

Sultan Pahang akan teliti, dapatkan nasihat berhubung pelaksanaan hukuman sebat Kartika
Berita Harian: 8 Mac 2010

TEMERLOH: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan meneliti dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada penasihat undang-undang terlebih dahulu berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno.

Sultan Ahmad bertitah, sehingga kini juga, baginda tidak menerima sebarang rayuan daripada Kartika Sari Dewi, 33, yang didapati bersalah kerana meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.


-------------------------

Kalau susah2 sangat, boleh tak kasi aje rotan tu sama bung Shukarnor (yang agak gembira muka masuk paper lately) untuk rotan anak dia macam masa kecik2 dulu. Tu kita rotan mengajar la tu. Lagipun Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun Kartika tidak minta diampunkan atau membuat sebarang rayuan.

Ingat! Ini bukan soal kewajaran tapi soal undang2 dan peraturan. Sebarang kelewatan penghukuman akan menyebabkan undang2 dan peraturan Islam dipandang serong oleh orang-orang bukan Islam (tu belum lagi kira missionary yang akan gunakan fakta ni menghentam Islam). Cuba lihat gambar di atas…

Kalau takut fasal syubahah (keraguan) dalam perlaksanaan hukuman, dah ada kes hukuman sebat dijalankan baru2 ni kan?...


Seks haram: 3 wanita Islam pertama jalani sebatan
The Malaysian Insider

PUTRAJAYA, Feb 17 — Tiga orang menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadi pesalah kalangan kaum wanita Islam pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Mendedahkan perkara itu di sini hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ketiga-tiga mereka didapati bersalah mengadakan seks haram.


Kes Kartika pada aku kecik aje. Apelah nak dibesar-besarkan sangat. Memalukan Mahkamah Syariah, Jabatan Agama, Majlis Agama, silap2 institusi Kesultanan nanti. Mungkin ada baiknya kita ’concentrate’ kes rogol Kaum Penan...


The Star: Monday October 6, 2008 “Penan girls claim abuse”
By HILARY CHIEW

PETALING JAYA: School was supposed to be a way for the community to improve their socio-economic situation. However, Penan girls hitching rides to school and back have now found themselves easy victims of sexual abuse by logging company workers.

Interviews conducted in settlements in the Middle Baram area in northern Sarawak, revealed that several students had become victims of rapes by logging workers. The students are boarders in two secondary schools in the area and only go back to their settlements during the school holidays.

--------------

Pathetic!

March 08, 2010

YB Vs Sejarahwan


Malam Sabtu 27 Feb lepas aku menyaksikan satu perbahasan ilmiah di antara YB Wee Ka Siong, ketua pemuda MCA yang disingkirkan dari CC dan sejarahwan ulung negara Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Khim bertajuk ”Sistem Pendidikan Cina adalah berasaskan ‘copycat”

Perbahasan yang berlangsung 1 jam (selepas diedit) dan tamat sekitar 1 pagi, dikelolakan oleh MCA. Rupanya Ust Mohd Ridhuan Tee juga dijemput tetapi tidak hadir untuk perbahasan itu (beliau dikutuk Pengerusi Majlis di akhir perbahasan kerana menolak jemputan tanpa alasan yang munasabah).

Yang menariknya Wee menyenaraikan beberapa bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah berjaya di luar negara. Antara yang disebut beliau adalah seperti Liew Chee Kin dari SJKC Jati, pereka perisian computer HSBC di Hong Kong. Tan Boon Hui, pengarah filem dari SJKC Kuching yang menang di Berlin Film Festival. Phua Kheng Sheng, pengasas syarikat Pendrive yang berniaga di Hong Kong, See Long Sheng tukang masa yang terkenal dan bermastautin di China dan beberapa nama lagi.

Dengan selamba Prof Khoo menjawab lebih kurang macam ni…”kenapa semuanya menyumbang di luar negara? Dalam kata lain mana sifat patriotik mereka?

Macam biasa sebagai ahli politik (yang pernah menangis teresak2 di national TV selepas kena singkir dengan Tee Keat), YB Wee corner baring tukar tajuk perbahasan..

Kalau tanya pendapat aku, aku sependapat dengan Prof Khoo berkaitan sekolah satu aliran ni (sila baca http://2009capri.blogspot.com/2009/11/satu-aliran.html)...

Mana-mana yang tak puas hati nak berhijrah …the door is open wide! (sila baca posting Malaysian Insider “two-fold increase in Malaysians giving up citizenship” di http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45137-two-fold-increase-in-malaysians-giving-up-citizenship dan posting aku "BOCs' tahun lepas di (http://2009capri.blogspot.com/2009/10/bocs.html). After all that is what they are good at. Dulu pun masa perang dengan Jepun, Melayu ni aje pun yang terkontang-kanting mempertahankan negara. Dema cabut yop!!

March 06, 2010

IQ & EQ

“The different between an astronomy and astronaut is one can only analyze, study and ‘see’ it while the other can really 'touch' it” – Answered Paleontologist Dr Grant to Eric when the latter asked about his job - script in one of the scene from the film Jurassic Park 3.

I believe that is the reality of most of us in this world. Some might be able to only ‘see’ it while others are able to implement whatever they could 'see'. I guess that would be the main challenge of our Transformation Execution. We have done the ‘seeing’ part i.e. the planning and now we are at the second stage of implementing it.

If you ask me, the Transformation Plan (TP) is nothing much than the usual annual business planning. Other than 'rebranding' it for the purpose of getting everyone's involvement, the rest are basically the same. But why the usual annual business plan is just a business plan i.e. an annual workshop that talks about the same strategy, initiatives year in year out?

I guess before this we never really go to that phase i.e. not enought effort in assessing and monitoring the implementation part. Therefore we never know where we are and whether we have succeeded in whatever we planned.

Anyway, on the scene mentioned in the 1st para, it suggests us to balance the thinking and the implementation. One must have both Intelligent Quotient (IQ) and Emotional Quality (EQ) to go thru.


IQ & EQ

An Intelligence Quotient, or IQ, is a score derived from one of several different standardized tests designed to assess intelligence – Wikipedia. In a simpler word IQ represent our creativity and thinking. Emotional Intelligence/Quality (EQ) on the other hand, describes the ability, capacity, skill or, in the case of the trait model, a self-perceived ability, to identify, assesses, and manage the emotions of one's self, of others, and of groups – Wikipedia. In much simpler word it is our emotion towards implementing a planned strategy.

The g's is ‘balance’. We should know how to balance both world of IQ and EQ to succeed in both planning and implementation. A good planning (IQ) should take into consideration the EQ of the project, whether it is implemental of otherwise. Do I have a balance IQ & EQ? Lets visualize it via a graph..

Obviously one not only should know whether their IQ and EQ is balanced, they should also need to understand their level of EQ & IQ.

What about yours?


P/s - I pray for my ‘survival’ in continuing this Transformation Execution…

March 05, 2010

"Maafkan Kami Ya Bung.."

Kita didendangkan dengan cerita-cerita ‘menarik’ tentang Islam di serata dunia khususnya di negera-negara Eropah. Dari cerita pengharaman purdah di Perancis (kononnya pemakai purdah adalah pengebom berani mati), arahan meruntuhkan minaret masjid di Switzerland (kononnya menara Masjid melambangkan pelancar roket) dan sebelum itu cerita karikatur menghina Nabi Muhammad SAW (kononnya kebebasan akhbar).

Tapi di sini lain pulak ceritanya. Kita didendangkan dengan lagu juga tetapi lagu ‘dangdut Raggae’ yang kira-kira liriknya berbunyi “Maafkan kami ya bung, biar ku jelaskan keadaannya ...”


---------------

Hukuman sebat: 16 Duta Besar EU diberi penjelasan
Utusan Malaysia, 24 Feb 2010

KUALA LUMPUR - Isu berhubung hukuman rotan ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Syariah dan kes mahkamah penggunaan kalimah Allah adalah antara isu-isu yang diperjelaskan Malaysia kepada 16 duta besar negara-negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

[komen] Kenapa perlu diperjelaskan. Ini isu Islam. Bukannya ’His Excelency’ tu paham pun. Kalau paham takkan la diorang buat macam-macam kepada Islam di negara diorang. Pernah diorang panggil duta kita bagi penjelasan isu purdah ke, minaret ke? Rentikanlah bersifat apologetik. Ianya hanya menunjukkan kelemahan sendiri.

Turut disentuh dalam majlis perbincangan makan tengah hari yang dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ialah mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

[komen] Patutla ada isu dua hala rupanya. Takut kena blacklist la kot atau kena sanction ke?

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, pertemuan itu turut membincangkan Perjanjian Partnership Cooperation Agreement (PCA), Perjanjian Perdagangan Bebas-EU,ASEAN, ketakcambahan senjata nuklear, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, G77, Asia-Europe Meeting (ASEM) serta perkembangan politik di Myanmar dan Afghanistan.

EU rakan dagang terpenting Malaysia dan keempat terbesar selepas Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun pada tahun 1998. Jumlah perdagangan dua hala EU-Malaysia sebelas bulan pertama tahun lepas berjumlah RM99.82 bilion. - Bernama

[komen] Dah sah la tu…macam buih2 di lautan


--------------

Maka benarlah firman Allah “Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redho sama sekali dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara kehidupan mereka”Al Baqarah ayat 120
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...