Sahabatku di hadapan rumah Tuan Guru Nik Aziz, baru-baru ini.
KENAPA NIK AZIZ?
Aku x mo bercakap pasal politik, tapi sebab2 lain kenapa ramai yang menghormati TGNA ni. Antaranya: -
Memiliki Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al Azhar dan menguasai bahasa Arab, Tamil, Urdu selain bahasa Kelantan :)
Telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 16 tahun, 39 tahun sebagai ahli Parlimen & DUN tanpa adanya kontroversi. Menteri Besar Kelantan itu telah menerima anugerah sebagai MB paling bersih dari Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) yang disampaikan pengerusinya, Ezam Mohd Nor pada 2005.
Antara Muslim yang paling berpengaruh di dunia di tempat ke 42 pada 2009. DSAI 450, TDM, Najib belum tersenarai. Cuma yang tak syoknya Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar dari SIS pun tersenarai jugak.
“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan”
Tekanan berlebihan dan serangan berterusan tanpa batasan oleh para pemimpin Umno menyebabkan rakyat Kelantan merasa amat tercabar dan sangat terhina. Akibatnya, perasaan kekitaan rakyat Kelantan semakin kental dan solidariti mereka dengan Tok Guru semakin kukuh.
Dan mungkin banyak lagi sebab2 lain, tapi harapan aku….
“PAS adalah penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar perlembagaan Negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan Negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan keutuhan Negara”…TGNA
Kalau ini terjadi kegembiraan pasti terpancar di wajahku pula...
No comments:
Post a Comment