Innalillah! I received this news from my former staff, Norma this morning. Our PG student and a good friend of mine, ElSadig ElZubair Ali Mohammed and his family met with an accident in Serendah. His wife had passed away on the spot while he is currently under the intensive care at Selayang Hospital with serious head injuries. His elder daughter is also having a serious injuries while the other two kid survived.
I remember assisted this family when Elsadig wanted to bring them to Malaysia, few years back. I pray for your recovery, brother (that’s all I could think off right now) as well as your children.
--------------------------------------------------
Wanita hamil terbunuh
Md Fuzi Abd Lateh
Harian Metro: 22 Mar 2010
SERENDAH: Seorang wanita warga Sudan yang sarat mengandung maut selepas kereta dipandunya terperosok di bawah treler membawa cerucuk konkrit berhampiran sebuah stesen minyak di sini, malam kelmarin.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.45 malam itu mengakibatkan suami mangsa yang berusia 40-an parah dan tiga anak mereka di tempat duduk belakang parah manakala mangsa yang berusia 40-an mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat manakala suami dan tiga anak mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kejadian itu masih dalam siasatan dan polis terpaksa mengambil masa bagi mengenal pasti status kewarganegaraan mangsa memandangkan tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa.Namun, berdasarkan siasatan awal, semua mangsa adalah warga Sudan.
No comments:
Post a Comment