March 08, 2010

YB Vs Sejarahwan


Malam Sabtu 27 Feb lepas aku menyaksikan satu perbahasan ilmiah di antara YB Wee Ka Siong, ketua pemuda MCA yang disingkirkan dari CC dan sejarahwan ulung negara Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Khim bertajuk ”Sistem Pendidikan Cina adalah berasaskan ‘copycat”

Perbahasan yang berlangsung 1 jam (selepas diedit) dan tamat sekitar 1 pagi, dikelolakan oleh MCA. Rupanya Ust Mohd Ridhuan Tee juga dijemput tetapi tidak hadir untuk perbahasan itu (beliau dikutuk Pengerusi Majlis di akhir perbahasan kerana menolak jemputan tanpa alasan yang munasabah).

Yang menariknya Wee menyenaraikan beberapa bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah berjaya di luar negara. Antara yang disebut beliau adalah seperti Liew Chee Kin dari SJKC Jati, pereka perisian computer HSBC di Hong Kong. Tan Boon Hui, pengarah filem dari SJKC Kuching yang menang di Berlin Film Festival. Phua Kheng Sheng, pengasas syarikat Pendrive yang berniaga di Hong Kong, See Long Sheng tukang masa yang terkenal dan bermastautin di China dan beberapa nama lagi.

Dengan selamba Prof Khoo menjawab lebih kurang macam ni…”kenapa semuanya menyumbang di luar negara? Dalam kata lain mana sifat patriotik mereka?

Macam biasa sebagai ahli politik (yang pernah menangis teresak2 di national TV selepas kena singkir dengan Tee Keat), YB Wee corner baring tukar tajuk perbahasan..

Kalau tanya pendapat aku, aku sependapat dengan Prof Khoo berkaitan sekolah satu aliran ni (sila baca http://2009capri.blogspot.com/2009/11/satu-aliran.html)...

Mana-mana yang tak puas hati nak berhijrah …the door is open wide! (sila baca posting Malaysian Insider “two-fold increase in Malaysians giving up citizenship” di http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45137-two-fold-increase-in-malaysians-giving-up-citizenship dan posting aku "BOCs' tahun lepas di (http://2009capri.blogspot.com/2009/10/bocs.html). After all that is what they are good at. Dulu pun masa perang dengan Jepun, Melayu ni aje pun yang terkontang-kanting mempertahankan negara. Dema cabut yop!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...