March 05, 2010

"Maafkan Kami Ya Bung.."

Kita didendangkan dengan cerita-cerita ‘menarik’ tentang Islam di serata dunia khususnya di negera-negara Eropah. Dari cerita pengharaman purdah di Perancis (kononnya pemakai purdah adalah pengebom berani mati), arahan meruntuhkan minaret masjid di Switzerland (kononnya menara Masjid melambangkan pelancar roket) dan sebelum itu cerita karikatur menghina Nabi Muhammad SAW (kononnya kebebasan akhbar).

Tapi di sini lain pulak ceritanya. Kita didendangkan dengan lagu juga tetapi lagu ‘dangdut Raggae’ yang kira-kira liriknya berbunyi “Maafkan kami ya bung, biar ku jelaskan keadaannya ...”


---------------

Hukuman sebat: 16 Duta Besar EU diberi penjelasan
Utusan Malaysia, 24 Feb 2010

KUALA LUMPUR - Isu berhubung hukuman rotan ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Syariah dan kes mahkamah penggunaan kalimah Allah adalah antara isu-isu yang diperjelaskan Malaysia kepada 16 duta besar negara-negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

[komen] Kenapa perlu diperjelaskan. Ini isu Islam. Bukannya ’His Excelency’ tu paham pun. Kalau paham takkan la diorang buat macam-macam kepada Islam di negara diorang. Pernah diorang panggil duta kita bagi penjelasan isu purdah ke, minaret ke? Rentikanlah bersifat apologetik. Ianya hanya menunjukkan kelemahan sendiri.

Turut disentuh dalam majlis perbincangan makan tengah hari yang dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ialah mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

[komen] Patutla ada isu dua hala rupanya. Takut kena blacklist la kot atau kena sanction ke?

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, pertemuan itu turut membincangkan Perjanjian Partnership Cooperation Agreement (PCA), Perjanjian Perdagangan Bebas-EU,ASEAN, ketakcambahan senjata nuklear, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, G77, Asia-Europe Meeting (ASEM) serta perkembangan politik di Myanmar dan Afghanistan.

EU rakan dagang terpenting Malaysia dan keempat terbesar selepas Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun pada tahun 1998. Jumlah perdagangan dua hala EU-Malaysia sebelas bulan pertama tahun lepas berjumlah RM99.82 bilion. - Bernama

[komen] Dah sah la tu…macam buih2 di lautan


--------------

Maka benarlah firman Allah “Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redho sama sekali dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara kehidupan mereka”Al Baqarah ayat 120

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...