March 09, 2010

Teliti Lagi..


Dulu dia mintak sebat, tak jadi! Masuk paper..
Dia dibawa naik van, sampai tengah jalan patah balik van tu! Masuk paper lagi..
Hari tu dia kena mengadap Tengku Mahkota dulu. Muka depan..
Hari ni Tuanku Sultan pulak nak kena teliti. Masuk paper sekali lagi..

Bila nak abis daa...


---------------

Sultan Pahang akan teliti, dapatkan nasihat berhubung pelaksanaan hukuman sebat Kartika
Berita Harian: 8 Mac 2010

TEMERLOH: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan meneliti dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada penasihat undang-undang terlebih dahulu berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno.

Sultan Ahmad bertitah, sehingga kini juga, baginda tidak menerima sebarang rayuan daripada Kartika Sari Dewi, 33, yang didapati bersalah kerana meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.


-------------------------

Kalau susah2 sangat, boleh tak kasi aje rotan tu sama bung Shukarnor (yang agak gembira muka masuk paper lately) untuk rotan anak dia macam masa kecik2 dulu. Tu kita rotan mengajar la tu. Lagipun Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun Kartika tidak minta diampunkan atau membuat sebarang rayuan.

Ingat! Ini bukan soal kewajaran tapi soal undang2 dan peraturan. Sebarang kelewatan penghukuman akan menyebabkan undang2 dan peraturan Islam dipandang serong oleh orang-orang bukan Islam (tu belum lagi kira missionary yang akan gunakan fakta ni menghentam Islam). Cuba lihat gambar di atas…

Kalau takut fasal syubahah (keraguan) dalam perlaksanaan hukuman, dah ada kes hukuman sebat dijalankan baru2 ni kan?...


Seks haram: 3 wanita Islam pertama jalani sebatan
The Malaysian Insider

PUTRAJAYA, Feb 17 — Tiga orang menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadi pesalah kalangan kaum wanita Islam pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Mendedahkan perkara itu di sini hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ketiga-tiga mereka didapati bersalah mengadakan seks haram.


Kes Kartika pada aku kecik aje. Apelah nak dibesar-besarkan sangat. Memalukan Mahkamah Syariah, Jabatan Agama, Majlis Agama, silap2 institusi Kesultanan nanti. Mungkin ada baiknya kita ’concentrate’ kes rogol Kaum Penan...


The Star: Monday October 6, 2008 “Penan girls claim abuse”
By HILARY CHIEW

PETALING JAYA: School was supposed to be a way for the community to improve their socio-economic situation. However, Penan girls hitching rides to school and back have now found themselves easy victims of sexual abuse by logging company workers.

Interviews conducted in settlements in the Middle Baram area in northern Sarawak, revealed that several students had become victims of rapes by logging workers. The students are boarders in two secondary schools in the area and only go back to their settlements during the school holidays.

--------------

Pathetic!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...