Berita Harian: 13 Mac 2010
JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi.
"Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh. "Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan," katanya. – Bernama
[komen] Takde ape2 nak komen sebab segala kecelakaan yang terjadi telah ditakdirkan…Cuma tertarik dengan kenyataan bahawa Ketua Penerangan PKR ni pemandu kepada Tian Chua rupanya. Agaknya dah selalu kena tarbiah dengan Tian Chua dalam kereta, terus boleh jadi Ketua Penerangan Bahagian la kot. Mungkin juga aku salah tafsiran atau penulis Utusan Meloya ni freshie kot tapi kalau betul la...huhu.. lawak 1Malaysia.
Satu lagi...satu lagi...Mungkin Tian Chua terlepas cakap yang dia nak jadi calon bebas kot. Ape jadi dengan kes YB Ng - Mohd Bakri aa?
No comments:
Post a Comment