Deii..ini bukan HeShame la. Org tua ni tak biasa tarik balik dia punya perkataan apatah lagi mohon maaf. Jangan haraplah nak dapatkan permohonan maaf Tun Dr M, walaupun ko kata dia racist tahap jijik.
Geng2 ni standard la. Kalau Guan Eng, Kit Siang dah tak bising pasal Melayu, sambung pulak Hock Nam, Si Pin. Pastu tu MCA pulak nak jawatan sana-sini mula la berkokok nanti kata MEB ada diskriminasi la, tak adil la. Aku serius respect la geng2 ni punya kerjasama. Mesti ada check and balance.. Yang tak paham2 lagi bangsa aku ni la...
Bila PERKASA nak jadi mekanisme check and balance, Melayu jugak yang tukar nama jadi PERKOSA!!
-----------------------
Gerakan: Ucapan Mahathir ‘Menjijikkan’
Malaysiakini: Mac 29, 2010
Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.
Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.
“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.
----------------------
MEB
Aku nak komen satu perkara berkenaan matlamat dasar baru kerajaan (MEB) ni iaitu matlamat untuk menaikkan pendapatan per kapita daripada US$7K kepada US$15K. Government has yet to unveil the strategy, initiative and action plan towards achieving this vision tapi kalau takat retorik tanpa implementation yang betul, nasib malang DEB akan timbul semula. Bagi aku kegagalan DEB dulu bukan pada matlamat, strategi atau initiatifnya tetapi pada implementasi.
Kalau masih bergantung kepada pekerja asing dari jurutera-jurutera kanan sehinggalah pekerja di restoran2 mamak, jangan haraplah pendapatan per kapita akan meningkat. Kita perlu membezakan tenaga kerja Malaysia dan China, India, Vietnam misalnya kerana sampai sudah pun kita tak akan dapat menandingi harga buruh mereka yang rendah.
Satu cara sahaja iaitu meningkatkan K-ekonomi i.e. meninggikan tahap expertise tenaga kerja Malaysia sedia ada. Tanpa K-ekonomi sampai bila2 pun kita akan ketinggalan dari negara2 maju seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
Yang keduanya hapuskan subsidi supaya kita boleh berdaya maju & kompetitif, walaupun GST, harga minyak yang meningkat, akan menidakpopularkan (betul ke ayat ni) kerajaan sedia ada. Ingat kos sara hidup tak pernah mempunyai trend menurun....
Kesimpulan cerita pendek di atas: -
i. Jangan bising kalau ada pihak nak buat inisiatif untuk rakyat be it atas dasar politik sekalipun sebab kita sendiri tak boleh fikir ke tahap itu, so jangan la banyak komen.
ii. Kalau nak harapkan tenaga kerja Malaysia sedia ada, syarikat2 berasaskan keuntungan akan pergi kepada tenaga kerja asing melainkan tahap pemikiran orang kita meningkat.
iii. Kerajaan takkan boleh tampung subsidi manjang. Sebelum kompetitif kerajaan hilang, baiklah kita berubah. Kalau kita tak transform, habis negara ni nanti kena transform oleh geng2 atas tu (bak kata deme geng2 tu Traders Then, Invader Now!...)