May 30, 2010

MBE (Memang Bergetah Engkau!)

Ada la satu makhluk Allah tu wawasan dia nak jadi cantik. Macam-macam dia bikin supaya jadi cantik dan gebu. Pagi petang dia buat facial, makan vitamin 4-5 bijik sehari, bersenam bagai nak rak dsbgnya. Dia memang dah cantik dah sebenarnya tapi sebab jiwa dalamannya yang berkeceramuk dengan nafsu yang nakkan lebih cantik, dia sangup berhabisan dengan kosmetik yang pelbagai. Habis duit gaji bulan-bulan, siap hutang lagi dengan ceti dengan nilai hutang melebihi 300 billion! Dijangkakan dia akan muflis lagi 9 tahun kalau masih dalam keadaan sekarang.

Manusia memang begitu sifatnya. Bagi aku ada lebih baik sekiranya dia mencantikkan bahagian ‘dalaman’ daripada luaran. Rakan-rakan dan taulan memandang tak berkelip memerhatikan bilalah agaknya dia akan rebah tersungkur ke bumi? Tapi dia masih jugak tak sedar diri…

Tapi tak apelah, at least dulu dia begini, sekarang dah jadi macam ni…
P/s – Model Baru Ekonomi – Model lama dah elok dah, tapi selagi ketirisan, kebocoran tak dijaga, apa model sekalipun (termasuklah Gisele Bunchen yang sebulan sekali tiris jugak) takkan berjaya. Cayalah cakap aku..

2 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

Lorr...saje je wat gempak!!heks

capri... said...

Cuba nak jadi sinikal..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...