May 09, 2010

Warning Shot!

I say to myself, I really need to illustrate the situation of that horrible night of Mohd Azizi. PDRM don’t get me wrong. Nothing inside me says this is another blunder by the Police Force (what more Mr. IGP – See Mr. Home Minister, I agree with you not to have negative perception to the force!). You’ll have been doing this job since the era of Communism, which I can’t offer anything but a salute for job well done in ensuring peace in this country. This must be an act of individual’s emotional, probably tired of sleepiness, or maybe by some ‘burung gagak?’ So I came out with the sketch…

My comments as follows: -

a) Follow strictly SOP. Kalau terlupa buatkan cam kamus ke ape ke simpan dalam poket. Mula-mula jerit dulu, kemudian tarik picu, pastikan tiada burung gagak di udara sebelum lepaskan tembakan…:)

b) Parents to ensure anak2 tak keluar merempit malam2 (advise to myself too). Kadang2 Polis dah penat lagipun pukul 3.30 pagi fitrahnya time waktu tidur. Kutu embun je melepak pagi-pagi buta ni. Tak pun jembalang! Lebih baiklah En Aziz pukul anak tu dulu sebelum polis yang pukulkan (lepastu barulah fikir nak appoint Karpal jadi peguam)

c) Orang2 politik….tak suka comments di atas, just shut the fuck up! Ada aku kesah!

Untuk mengilangkan kebosanan dan ketensionan, sila lihat gambar di bawah dan berikan pendapat anda. Courtesy Nuraina A Samad’s OMG!
 
--------------------------------------

Remaja cedera ditembak
Oleh MUHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

TAMPIN 8 Mei – Tidak sampai dua minggu negara digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda. Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya. “Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.

Sementara itu di HTJ, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, beliau memandang serius terhadap kejadian itu dan akan mengambil tindakan ke atas anggota terbabit mengikut undang-undang sedia ada. Abu Seman berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu setiap anggota polis melihat dan merujuk semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan tugas di mana sebelum memulakan tugas mesti ada pesanan atau arahan oleh ketua masing-masing.

Dalam pada itu, bapa remaja itu, Aziz Omar, 42, mendakwa, anaknya telah dipukul polis sebelum ditembak. Aziz berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Rahang pukul 12 tengah hari ini dan akan melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kes tembak itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...