PRK P212 Sibu bakal menyaksikan sesuatu. Dengan jumlah pengundi Cina yang berkelebihan besar (66%) beberapa kesimpulan akan dapat dipertontonkan.
Pertamanya persoalan samada ideologi yang diterapkan oleh DAP terhadap pengundi kaum Cina telah berjaya menular ke Sabah & Sarawak? Jika di Hulu Selangor rata-rata pengundi kaum Cina masih menunjukkan loyalty mereka terhadap ideologi Pakatan Pembangkang, khususnya DAP, bagaimana pula halnya di Sibu? Semua maklum Sarawak khususnya adalah kubu kuat BN di bawah pemerintahan Ketua Menteri paling lama memerintah. Namun adakah kekuasaan itu akan berkekalan atau masyarakat Cina masih mahu mengekalkan momentum signal ketidakpercayaan saudara mara mereka (di Semenanjung) kepada Kerajaan Pusat?
Persoalan kedua samada masyarakat Cina Sibu yang rata-rata penganut Kristian akan terpedaya dengan tohmahan penggunaan Kalimah Allah daripada pihak pembangkang, atau gula-gula/rasuah politik berbentuk pembangunan sementara daripada kerajaan Pusat. Sebenarnya ada tiga pihak yang akan bertanding tapi semua sedia maklum pertaruhan Narawi Haron hanyalah untuk memecahkan lagi pengundi Melayu/Bumiputra/Iban yang hanya sepertiga jumlahnya. * kekadang fikiran jahat singgah: bila lagi ADUN aku nak mampos, bolehlah maju sikit gugusan aku tu?*. Walau bagaimana pun tohmahan pengekspoitasian sumber kekayaan Sarawak oleh Kerajaan Pusat bagi aku merupakan tohmahan yang amat memeritkan untuk diterima. Untuk pengetahuan bersama itulah tohmahan utama GAP (Gerakan Acheh Merdeka) yang membawa kepada pertelingkahan di Acheh.
Pada PRU 12 yang lalu, mendiang Robert Lau Hoi Chew (yang jadi MP Sibu semenjak 1990) hanya menang dengan majoriti 3,235. PRK122 itu pasti menarik untuk diikuti perkembangannya.
Tapi bagi yang tak suka pening-pening kepala, lagi baik layan klip ni sambil tengok mata Roseyatimah yang berkelip-kelip pakai spek 60an tu...comel siut! Tambah2 lagi bila dia kata..."tulah bila orang nak beli taknak dijual…." Abang Ramli yang dah naik ulat bulu tu pulak sambung "baiklah kalau nak dengar Abg Ramli nyanyi nanti abang tutupkan pintu dulu ya…" (main2 tutup pintu pulak nih!)
No comments:
Post a Comment