May 28, 2010

Haram Sini wa Harus Sana?

Membenarkan lesen judi dan membenarkan judi untuk menghalang perjudian haram adalah dua prinsip yang jauh berbeza. Tidak boleh disamakan antara kedua-duanya.

"Wahai orang-orang yang beriman, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung" (Al Maidah 5:90).

Maka kenyataan membenarkan judi untuk menghalang perjudian haram adalah satu excuse bagi orang-orang yang tak reti nak buat kerja. “If you could not win them, by all mean join them” – Prinsip Zionis yang menyesatkan.

Mungkin ada yang berkata lesen judi yang dibenarkan adalah untuk yang bukan Islam. Mungkin ada benarnya tetapi ada beberapa persoalan yang boleh didebatkan: -

a) Bolehkah penjualan arak, judi dibuat secara sembunyi-sembunyi? Bolehkah orang Islam dilarang daripada membeli, menggunakan arak, judi. Dalam kes Magnum, 4D, 7Eleven confirm tak berjaya..Itu belum lagi di Hotel2, Airport2, dalam Kapalterbang dsbgnya.

b) Pemimpin perlu membuat keputusan berdasarkan maslahah (kebajikan dan kepentingan umum) setempat. Dan yang paling utamanya mengelakkan kemudaratan umum lebih afdal daripada masalah khusus. Dalam kata lain, menjaga kebajikan umat Islam yang majoritinya di Malaysia ini lebih utama daripada kaum minoriti (konteks dalam permasalahan judi ni la). Ini kerana keburukan kepada umat Islam itu sendiri dilihat lebih besar berbanding dengan membenarkan judi untuk menghalang perjudian haram hatta menyebabkan pengaliran wang keluar dari Malaysia.

c) Bagaimana pula persepsi masyarakat bukan Islam yang melihat sesuatu perkara yang jelas haram boleh diputarbelitkan menjadi harus, halal dan sebagainya? Seolah-olahnya hukum agama Islam ini sesuatu yang boleh dipinda2 mengikut kepandaian berbicara sesetengah pemimpin (dan barua pemimpin). Kita diketawakan kerana atas apa pun alasan kita, sebenarnya kita telah tewas dengan tuhan, dengan kaum minoriti dan dengan nafsu kita sendiri.

d) Mungkin selepas ini nanti GRO, rumah urut, boleh beroperasi dengan halal sebab alasan yang sama boleh digunakan. Ianya untuk yang bukan Islam sahaja. Yang Islam tak boleh (boleh kalau masuk ikut pintu belakang!)

Isu kalimah Allah dan lesen judi ini sama saja. Tan Sri Mufti patut bersuara mengenai perkara ini. Jangan pula nanti kita dilabelkan ”Haram Sini tapi Harus Sana?”




P/s – Posting di atas ditujukan kepada pembaca dan aku juga sebagai panduan. Aku confirm menolak Judi Bola dan yang seangkatan dengannya.

Cuma yang ini aku x confirm status halal haramnya..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...