May 08, 2010

Mari Demo Singkirkan (Pemandu) Ketua Polis

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor dicuri
Oleh Hardi Effendi
hardi@bharian.com.my
2010/05/07

SHAH ALAM: Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan hilang ketika pemandunya meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan Tuanku Ampuan Zabedah, Seksyen 9 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Proton Perdana V6 itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan. “Kita sedang berusaha mengesan kenderaan itu, termasuk memburu penjenayah yang melarikannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Menurut sumber, ketika kejadian Khalid berada di luar negara atas tugasan rasmi dan keretanya dibawa pemandu beliau untuk menghantar dokumen dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke Ampang.

Dalam perjalanan ke Ampang, pemandu berpangkat koperal itu singgah bersarapan di sebuah restoran di tempat kejadian.“Kehilangan kereta itu hanya disedari ketika pemandu Khalid kembali ke situ selepas bersarapan, kira-kira jam 9 pagi,” katanya. Sumber itu berkata, pada mulanya pemandu Khalid menyangka kereta terbabit ditunda oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagaimanapun, selepas menghubungi rakannya di Bahagian Penguatkuasaan MBSA untuk mendapatkan kepastian, kereta itu disahkan tiada dalam rekod kenderaan ditunda.

Sebaik menerima laporan pemandu itu, polis melancarkan sekatan jalan raya di semua laluan sekitar bandar raya ini dan kawasan berhampiran bagi mengesan kereta terbabit.Difahamkan, tiada dokumen sulit, termasuk senjata api disimpan dalam kereta itu ketika kejadian berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...