February 26, 2010

1Malaysia..huhu..sume boleh!

Yang haram (jadah) jadi halal, demi 1Malaysia....

---------------

Bayi tunang Beng Hock dapat sijil kelahiran

Berita Harian, 24 Feb 2010

MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan.

Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.



Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng.

---------------

Fuhh! senangnya undang-undang boleh berubah tak kira walaupun ianya melibatkan prinsip asas. Demi 1Malaysia semuanya boleh tukar. Agaknya apalah yang akan diperkatakan oleh Ust Ridhuan Tee kali ni sebab dulu dialah yang paling lantang menolak cadangan DAP dan sekutunya hendak mem'bin'kan anak dalam kandungan Ser Chor Wei (sekarang dah keluar baby boy Teh Er Jia). Aku bukan marah budak tu sebab dia langsung x salah apa-apa (lagipun sekarang dia dah kaya 1/2 juta RM). Tapi perkara pokok tetap perkara pokok, mana boleh senang-senang tukar jadi daun! Yang haram (cam gambar beer) mana boleh dihalalkan?

To Najib, HeShame, Gani Patail (ingat kes ini nanti akan jadi precedent) aku muak dengan tindakan korang. 

Alternative Views! dengan ini akan mogok daripada mengeluarkan posting selama seminggu bermula hari ini disebabkan tindakan mereka2 ini & kerajaan Malaysia.

 

4 comments:

capri said...

5 hari dah la...seminggu lama sangat la plak!!

ami auni n auji said...

ade ke beer halal?? eheeee.. undang2 mmg boleh tukar2 bila ada org anggap dunia nie dia yg punya. ehee

byk tutorial pasal blogger.. ble jer rujuk kt diorg.. salah satunya nescafe ais.. http://maribinablog.blogspot.com/

Anonymous said...

Hack again?!

Anonymous said...

Really when someone doesn’t know after that its up
to other people that they will help, so here it takes place.
My site > bonne retraite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...