Raja Roman yang diperintah oleh King Claudius II telah mengarahkan agar tenteranya tidak berkahwin kerana kerajaan Rom pada waktu itu terlibat dalam banyak peperangan. Walaubagaimanapun pendapat Raja Rom itu tidak dipersetujui oleh paderi besar Rom yang bernama St Valentine. Beliau dengan rahsia mengahwinkan rakyat Rom dengan pasangan-pasangan mereka. Setelah perkara itu diketahui maka Raja Claudius telah mengarahkan agar St Valentine dipukul, direjam dan seterusnya disumbatkan ke penjara.
Di penjara St Valentine telah mengubati seorang wanita bernama Julia, anak kepada ketua penjara, daripada penyakit buta yang dialaminya semenjak dari kecil. Sebelum kepalanya dipenggal pada tanggal 14 feb, 270AD St Valentine telah menuliskan sebuah surat kepada Julia yang diakhiri dengan nota ”...from your Valentine”. Itulah message yang selalu ditulis dewasa ini sewaktu seseorang memberikan hadiah hari Valentine kepada pasangan masing-masing.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan ianya juga dianggap sebagai salah satu upacara keagamaan.
Sebelum peperangan meletus, pemuda-pemudi Rom selalunya akan meraikan perayaan yang dipanggil Lupercalia. Ianya sebuah perayaan memuja Tuhan kaum Rom yang kononnya berjaya menghalau serigala daripada membaham kambing – kambing ternakan mereka. Di perayaan itu nama-nama wanita Rom akan dimasukkan ke dalam balang sebelum diperjudikan untuk menjadi pasangan kaum lelaki sepanjang malam perayaan itu. Perayaan ini dikenali juga sebagai ’love-birds’, ayat yang digunakan untuk menggambarkan pasangan yang sedang mabuk cinta.
HARAM
Bersandarkan cerita di atas, dibawa turun temurun sehinggalah ke hari ini, maka hari Valentine yang sebenarnya memuja paderi Kristian St Valentine telah diikuti dan dijadikan wadah menggambarkan kehebatan cinta seseorang. Malah pihak kristian sendiri telah merujuk hari Valentine ini sebagai satu bentuk ritual di dalam agama Kristian. Tidak hairanlah Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, JAKIM telah memutuskan bahawa amalan menyambut hari Valentine ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan hukumnya Haram. Jawatankuasa Majlis Fatwa sejak dari tahun 2005 lagi telah memutuskan bahawa perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristianiti, yang jelas bercanggah dengan hukum Islam.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Kafirun ayat 1 – 6:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."
CINTA
Kecintaan yang hakiki hanya kepada Allah. Period! Sebagai orang Islam kita di ajar untuk mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada segala objek yang ada di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 165:
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah (objek-objek lain) selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka benar-benar mencintai Allah."
Seruan itu ditujukan kepada orang-orang yang beriman, tahap yang pertama sebelum bertaqwa seterusnya berehsan....mmm! Renung-renungkanlah kata Ust Izi Haji Ali (Ustaz Hot FM)
P/s – Aku Valentine tiap hari dengan isteri (Is three!)
No comments:
Post a Comment