Kenapa biarkan Harussani bersendirian? Selalu begitu. Bila Harussani berbicara sesuatu tentang Islam, tak ramai yang menyokongnya mahupun menghormatinya. Bila isu Maulidur Rasul tempohari blogger-blogger semuanya ikut menari sampai berminggu-minggu lamanya. Hari ni pun masih ada lagi yang memperkatakannya. Namun bila Harussani menempelak Sister In Islam (SIS) tak ramai blogger (khususnya dari pro kerajaan) yang turut serta. Isu ini kurang menarik atau SIS ni NGO yang hebat sangat?
----------------
Harussani bidas Sisters in Islam
PUTRAJAYA 18 Feb. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.
Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.
''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.
''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Dalam hal ini, Harussani memuji bekas model sambilan yang didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang bersedia menjalani hukuman sebat.
--------------
KURANG MENARIK
Isu-isu berkaitan agama seperti di atas amat kurang mendapat perhatian di kalangan kita. Namun sekiranya ia melibatkan sesuatu yang bersifat perkauman seperti penggunaan kalimah Allah oleh Herald, kes Maulidur Rasul di Pulau Pinang, semuanya ikut jadi juara. Pernah Harussani menyokong usul yang dibawa di Muktamar PAS ke 55 agar SIS disiasat kerana selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dilihat bertentangan dengan hukum Islam, namun ianya dipandang sepi khususnya oleh JAKIM yang seharusnya membuat kajian terperinci sebelum perkara itu dibawa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kementerian Dalam Negeri…apa nak kata ya? Kalau dapat tukarkan nama SIS kepada Sisters in KL ke Malaysia ke...dah met KPI sampai 2015 la kot? Meluluskan sebat 3 gadis tempohari dah met KPI tahun ni...
Sudah lebih 50 tahun kita merdeka dan sudah banyak kejayaan yang kita kecapi namun pemikiran dan tindak tanduk kita semakin terkebelakang. Ada baiknya sistem perundangan Islam dan hukum syariah menggantikan hukum kolonial (Akta Kanun Jenayah) sedia ada. Mungkin Majlis Peguam pun boleh diam sikit...
SIS HEBAT
Kalau SIS berbicara tentang Islam dan hukum-hukumnya semua buka mata, buka telinga seolah-olah kenyataan yang dikeluarkan itu mempunyai nilai yang amat-amat tinggi. Judging at their Presiden yang tak bertudung tu sepatutnya setiap kenyataan mereka tidak patut dipedulikan apatah lagi untuk diberikan response.
Tindakan mereka mempertikaikan hukuman sebat ke atas 3 wanita Islam baru-baru ini menggambarkan dua perkara. Pertama ’Islam Liberal’ yang diperjuangankan oleh mereka (ayar-ayat yang bermula dengan perkataan freedom i.e. freedom of minds, freedom to speak, etc) dan yang keduanya 'kebebalan' kumpulan tersebut daripada penguatkuasaan. Aku heran kenapa kumpulan Al Maunah, PKPM even Hindraf dianggap sebagai pertubuhan haram yang boleh memudaratkan negara tapi tidak kepada SIS yang boleh merosakkan pemikiran orang-orang Islam di Malaysia? (seperti yang didakwa Shabudin Yahya di Perhimpunan Agung UMNO yang mengatakan SIS melemahkan sistem kehakiman negara dan sering menimbulkan keraguan dikalangan masyarakat Islam agar menolak system kehakiman syariah)
Ataupun kita takut dengan Zainah (Ex Presiden SIS yang bersahabat baik dengan Marina Mahathir dan Nori Abdullah), Zarinah (si kakak yang menerajui Security Commission) atau Anwar? (si bapak Tan Sri Anwar Malik bekas orang kuat UMNO, bukan Anwar Ibrahim).
Baca juga petikan-petikan brikut: (kepada mereka-mereka ini, juga kita, bertaubatlah...)
a) Datuk Zaid Ibrahim yang menyindir Kerajaan melalui twitter yang menyebut ”... 'Hanya dalam '1Malaysia', yang tidak mematuhi undang- undang, terdapat sebuah mahkamah negara yang memerintahkan hukuman sebat bagi wanita, walaupun Undang-Undang Persekutuan mencegah wanita daripada hukuman seperti itu”.
b) Pengarah SIS, Dr. Hamidah Marican (baca press statement SIS di laman web http://www.sistersinislam.org.my/
c) DS Shahrizat Anwar (baca ”Shahrizat Rela Kaunseling Daripada Hukuman Sebat”, The Malaysian Insider, 21 Feb 2010)
P/s - Aku suka quote minda DR MAZA di penghujung tulisannya ”Maulid, Melayu dan Mamak Penang” di Utusan Malaysia hari ini...
”....Sudah lama isu bangsa cuba diangkat. Cukuplah wahai Melayu semua parti politik. Kekuatan kita ialah Islam. Ia lebih merangkumi setiap individu dan lebih adil untuk semua insan....”
No comments:
Post a Comment