Seronok baca blog ni tambah2 lagi kalau blog politik. Banyak sandiwara, drama, cerita Korea pun ada sikit. Aku tak pernah la nak komen blog orang sebab aku rasa any posting di blog adalah suara hati individu. Tapi kalau melibatkan orang lain...
----------------
17 Februari 2010
Tolong Kirim Salam pada Umno
3 Rabiul Awal 1431H.
Al Brangi
UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.
[komen] ni aku setuju sangat unless kalau UMNO tu cuma dimonopoli oleh golongan yang bukan Melayu atau mamak ke (walaupun banyak juga mamak dalam UMNO)
Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.
[komen] Aku rasa Ustaz ni dah ketinggalan zaman. Sekarang ni manade tarian, hip hop ada la. Ramai jugak yang pakai kopiah buat hip hop sebab senang nak pusing kepala kaki kat atas. Pakai ala-ala jubah pun ada jugak Ustaz sebab nak gaya macam Niggerz.
Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.
[komen] Dah lama dah aku tak berarak keliling kampung sambut Maulidur Rasul. Seingat aku masa kecik2 dulu ada la. Punyalah seronok sebab waktu tu dapat banyak pengajaran tentang Islam, Rasul...banyak pulak kenal pakcik-pakcik yang bukan seangkatan dengan aku. Belajar jugak aku cara-cara nak menghormati orang-orang tua. Gunakan perkataan yang baik-baik...Satu perkataan politik pun tak pernah keluar masa tu walaupun tempat aku tu UMNO dan PAS x geng! Mana pernah geng pun...
Guan Eng tu Ustaz takut puak-puak Melayu ni buat demonstrasi jalanan. Asalkan ada je 2 – 3 kerat Melayu ke Mamak ke jalan beriringan, Guan Eng dah naik takut. Mudah takut katakan...bayang-bayang dia keluar dari toilet pun dia takut Ustaz...
Oh ye Ust. Baru-baru ni diorang ade jugak berarak ramai-ramai. Tapi atas motosikal la buat wili lagi..
Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.
Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.
[komen] Kenapa pulak konon Ustaz? Teman sayang mak teman. (Rasa-rasanya sume Melayu sayang mak dia) Tak pernah miss ucapkan hari ibu walaupun takde hadiah teman kasi. Tak pernah teman tinggalkan emak teman kat Rumah Orang2 Tua. Cuba la Ust pi keluar sikit tengok cemana suku-sakat Ustaz ke, mat-mat salih tu ke layan mak bapak diorang masa dah tua...
Melayu banyak ter’korban’ Ustaz. Cuma anak dalam kandungan tunang Beng Hock je yang halal sampai deme nak binkan dengan nama Teoh...
Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.
[komen] Isu bayi terbuang ni ustaz isu semua. Lebih baik le championkan isu ni daripada tak buat ape-ape kan Ust kan? Mak saya cakap (dia pun Ustazah gak ngajo budak2 ngaji) kutuk sini wa kutuk sana takde pekdahnya...
Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya. Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:41 AM
--------------
Dulu teman nyampah baca tulisan Ust. Ridhuan sebab teman rasa dia dah terlalu defensive, dah tak ingat asal-usul. Tapi nampak gayanya sama je yop. Ada lebih baik (bunyi cam P Ramlee punya skrip..) Ust bercakap dan buat kerja. Kerja-kerja macammana nak merubah sifat-sifat Melayu kepada Islam (melalui pengalaman Ustaz yang maha tinggi tu berkenaan sifat-sifat Melayu) walaupun sifat-sifat dan budaya Melayu tu mungkin 100 kali lebih baik dari sifat-sifat dan budaya Cina...
Sorila Ustaz cerita pasal Melayu ni emo sikit la...:(
No comments:
Post a Comment