February 23, 2010

Arghhh...(2)

 
Jarum, kenapa aku takut sangat ngan jarum? Email-email ’annoying’ di bawah refers.

From: M Zamani B Hj M Zain (REGISTRAR/UTP)
Sent: Tuesday, 23 February, 2010 15:28
To: Nor Fadzilatul Hanuzah Bt M Noor (REGISTRAR/UTP); Khushairi B Zubir Ahmad (REGISTRAR/UTP); Nur Idyawati Bt M Yusof (REGISTRAR/UTP); Hasrul Anuar B A Rahim (REGISTRAR/UTP); Suhaila Bt Sharaini (REGISTRAR/UTP); Hamidi B M Jabar (REGISTRAR/UTP)
Cc: M Fadil B M Ariff (ACADEMIC/UTP)
Subject: RE: Derma darah!!!!

Kita kena sama2 mentarbiahkan En. Padil pulak lak lepas nih.

From: Nor Fadzilatul Hanuzah Bt M Noor (REGISTRAR/UTP)
Sent: Tuesday, 23 February, 2010 15:27
To: Khushairi B Zubir Ahmad (REGISTRAR/UTP); Nur Idyawati Bt M Yusof (REGISTRAR/UTP); Hasrul Anuar B A Rahim (REGISTRAR/UTP); Suhaila Bt Sharaini (REGISTRAR/UTP)
Cc: M Zamani B Hj M Zain (REGISTRAR/UTP); Hamidi B M Jabar (REGISTRAR/UTP)
Subject: RE: Derma darah!!!!

Ala…itu pun takut nak tengok jarummm….belum lagi laki aku suruh ambik dua2 tangannn…..kalu idak mahu pengsannnnnnn….

----------------------

TRYPANOPHOBIA

Trypanophobia is the extreme and irrational fear of medical procedures involving injections or hypodermic needles (Wiki). Dulu, satu masa dulu....ada dua drama yang menyebabkan aku takut sangat dengan jarum. Begini ceritanya..

Cerita pertama berlaku masa nak sunat kali pertama (berapa kali sunat daa..). Bapak aku type modern so dia bawak la pi klinik nak sunatkan aku. First time doktor kasi satu injeksion, aku relaks je. Pastu masuk kali kedua. Aku dah kerut dahi dah tapi kool je maklumlah misi sebelah tu boleh tahan gak. Kali ketiga bila doktor tu preparekan jarum, aku dah mula cuak. Berapa kali lagi bro aku kena tanggung ni (Mula la nak marah!!) Aku pun tanya...

Korang tau ape jawab doktor tu ”..Sepuluh kali lagi aa ane...duduk diam-diam aa...” Entah doktor tu main-main ke tak tau la? Tapi betul atau tidak, bersedia atau tidak, kita bolos saja dinding itu (Cam ayat Zizan dalam Bolos!)...Dengan sepantas kilat juga aku bolos dari bilik doktor tu...Lariiiii!!!!

2 jam jugak aku tak rasa apa-apa kat bawah tu. Kebas kot!!


Cerita kedua masa form 2 kena masuk Hospital Besar Ipoh sebab joundice. Pagi nak ambik darah, petang nak ambik darah, malam nak ambik darah, tengah malam bangunkan aku nak ambik (tekanan) darah. Ada sekali tu aku ngamok takmo kasi lengan. Mula-mula misi tu pujok takmo jugak. Lepas tu misi tu panggil Dr Bengali datang. Ko bayangkan la Dr Benggali ni punyala besar (ke sebab aku kecik sangat masa tu..?) Mmm..yang besar badan dia la!

Phobia aku dengan jarum sampai la hari ini. Nota kaki: Ini bukan drama swasta untuk mengelakkan diri dari menderma darah tau..


ENTOMOPHOBIA

Sheikh Muz dalam ceramah motivasinya mengatakan untuk menguasai ketakutan (dia takut tinggi rupanya) beliau buat bungee jumping, para gliding 3 kali dalam sebulan. Katanya lagi kalau takut lipas balik rumah pegang lipas dalam genggaman kuat-kuat. Hehehe untuk menguasai ketakutan (rupanya Capri takut lipas) aku....aku tak gamak nak pegang lipas!!!


P/s – Korang jangan berlagak la tunjuk2 sijil derma darah tu. Masa kena cucuk tu musti sakit kan..kan..kan?? Tapi sebab misi tu comel korang senyum je kan..kan..kan?? Midi (yang panjang dalam gambar tu) boleh la sebab saluran darah dia panjang...mampu menampung darah yang banyak! Lagipun dia dapat ’dara’ baru-baru ni...:)



---------------

4 comments:

midie said...

means Encik Fadil Kita ni x sunat lagi.. "Dengan sepantas kilat juga aku bolos dari bilik doktor tu...Lariiiii!!!!"

midie said...

Sampai sekarang En. Fadil kita ni melarikan diri, kesian.. Agaknya bila nak sunat tu? :)

"Dengan sepantas kilat juga aku bolos dari bilik doktor tu...Lariiiii!!!!"

capri... said...

Udah la...Yang kali kedua tu tak yah story la kan?? :)

zubeq said...

hahahahahaha~~~~. Saye dah layak derma darah pon taknak derma jugak :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...