Rupanya Helmi Hussin yang meninggal dihempap pokok tumbang adalah Helmi sahabat lama aku…Al Fatihah semoga roh arwah dirahmatiNya.
Lambatnya aku tahu berita ni sedangkan kejadian berlaku 29 Nov 8.30 pagi lalu. Kejadian menyayat hati bilamana isteri arwah, Pn Hayati pergi ke tempat kejadian, sempat sujud sambil memberikan kucupan sebelum mayat dibawa ke HKL.
Helmi atau panggilan aku Mie kawan sejak kecil. Kami sama2 bersekolah di SMDMK Ipoh, kemudian aku ke ITM, kursus DIB. Dia pun (yang muda setahun dari aku) datang join juga ke ITM Perlis tu mengambil jurusan yang sama. Masa di sekolah menengah kami sama2 dalam pasukan bola; Kelab Pak Khalid (KPK) & team sekolah. Posisi right back to confirm dia punya. Last aku jumpa dia seingat aku di Pejabat Imigresen Putrajaya. Dia kelihatan dah berisi sedikit waktu tu. Arwah ni lembut orangnya. Lurus dan senang untuk dijadikan sahabat. Puan Hayati rasanya dah kehilangan seorang suami dan sahabat sejati. Kalau tidak masakan perkataan yang terkeluar dari mulutnya..”Nak Ikut”..semasa mayat dibawa dengan van polis ke Hospital.
Arwah Selamat dikebumikan di Ipoh pada hari yang sama jam 6 petang. Semoga roh sahabatku Mie dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Puan Hayati, keluarga, bekas keluarga juga anak2 arwah didoakan agar tabah dengan kehilangan ini.
2 comments:
arwah adalah sahabat en. capri?sedih dengar berita ni... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin..
Tu la..kawan sejak kecik tapi sebb dah pindah rumah x dapat berita awal dari famili dia..:(
Post a Comment