December 02, 2010

Untuk yang mencari keredaanNya..

Aku berperasaan insaf, bersyukur, redho..semuanya dalam satu masa.


Tajuk gambar:
Mencari Sinar di celah kegelapan

Tempat:
Rumah Almarhumah Siti Esah (Pelajar Syariah UKM Thn Akhir maut dlm kemalangan jalanraya sehari sebelum Aidil Adha)

Keterangan:
Adik kepada Siti Esah (perempuan), berada di tangga menuju dapur, disirami cahaya dari luar, ruang gelap ialah rumah mereka yang seakan robok buruk. Hidup dalam keluarga yang amat dhaif, 9 adik beradik yatim, si ibu menoreh getah, Kematian mengejut kakak sulung (Siti Esah) yg sepatutnya membawa sinar kepada keluarga mereka amat berat untuk diterima.Sepanjang di Jabatan Syariah UKM, Siti Esah mengikat perut demi menyalurkan duitnya kepada adik-adik di kampung. Ketika menziarahi keluarga ini, saya kehabisan airmata melihat warna-warna kehidupan mereka. Adik beliau Nurhakimi memperolehi 4A,1B walaupun belajar tanpa kemudahan, tanpa tusyen...tanpa segala-galanya.

Photo:
Ibnor Azli Ibrahim

Camera:
Compact (Nikon coolpix S570)

Tarikh:
18 Nov.2010, Jam: 6 ptg.


Salam,
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila berhubung dengan saya.

Ustaz Hj.Ibnor Azli Ibrahim,
Pensyarah,
Jabatan Syariah, FPI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
43600 Bangi, Selangor D.E.
Tel: +603-8921 3523
Fax:+603-89213153

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...