December 11, 2010

Sinopsis Filem Hebat

2 3 hari lepas aku dipertontonkan dengan satu filem Indon yang agak menarik untuk diperkatakan. Ceritanya agak panjang jadi aku akan mensinopsiskannya supaya jadi padat, jitu dan yang pentingnya ringkas.

Kisahnya berkisar tentang dua watak, heroin & hero (hereby to be referred to as watak A & watak B) yang terpisah sejak 19 tahun dulu. Watak B digambarkan sebagai seorang yang nakal di zaman kolej (kurang skit la dari watak Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan yang sanggup letakkan cicak dalam coke Lisa Surihani..hehe), telah jatuh hati pandang pertama dengan seorang pelajar perempuan.

Namun, kenakalan watab B membuatkan dia gagal untuk memberitahu isi hatinya yang sebenar. Kenakalan itu juga membuatkan watak A tidak pasti maksud sebenar watak B walaupun dalam pada masa yang sama hatinya juga telah terpaut. Akhirnya perkenalan tersebut berlalu begitu saja walaupun watak B masih mengharapkan agar luahan hatinya dapat didengar dan diterima oleh watak A. Overtime, watak B melanjutkan pelajarannya ke luar negara, berkarier, berkeluarga begitu juga dengan watak A yang meneruskan kelangsungan hidup.

Setelah 19 tahun berlalu mereka dipertemukan kembali melalui laman web sosial. Kenangan terimbau didepan mata mereka. Filem ini membawa kita kembali ke zaman itu dengan latar belakang hitam putih, alunan lagu-lagu rock tangkap leleh yang mengasyikkan. Begitu juga dengan kedua2 watak itu hanyut seketika dikelilingi oleh kenangan2 lalu. Penonton mesti terharu bilamana watak B, sambil terketar-ketar untuk kali pertamanya menyatakan hasrat hatinya, kasih sayangnya kepada watak A. Watak A terdiam, sepi begitu juga setiap pelusuk panggung...sunyi. Sayu, hiba agaknya menghayati detik2 itu.

Dalam pada masa yang sama watak A telah dilamar semula oleh seseorang. Seseorang yang menjadi pilihan hati ibu & bapanya. Dengan masa yang suntuk itu, watak B bersungguh2 mengharapkan miracle terjadi. Namun di penghujung cerita perkara sebaliknya berlaku kerana kedua2 watak ini tiada upaya menghalang ketentuan Tuhan. Mereka akur, mereka pasrah.

Sekali lagi panggung sunyi sepi bilamana kedua2 watak ini menangisi keadaan tersebut. Watak-watak itu menangis teresak2 (kekadang macam budak2 pun ada aku tengok) mengenangkan penantian derita 19 tahun berganti dengan kebahagiaan seketika, namun akan dipisahkan kembali oleh keadaan. Watak B berdoa yang kira-kiranya berbunyi begini “Ya Allah Ya Tuhan kami, sekiranya tulus, suci cinta antara dua insanmu ini, maka suatu hari nanti Kau pertemukanlah kami semula, di dunia ini ataupun di AkhiratMu..” Sadis, itu saja yang dapat aku perkatakan. Makcik sebelah depan kerusi aku tu confirm menangis teresak2 sebab banyak sangat tisu muka yang bertaburan kat sebelah dia.

Di babak akhir, watak B yang telah bersedia menerima kenyataan, juga puas kerana cintanya yang terpendam selama ini telah berbalas(walaupun hatinya parah hanya Tuhan yang tahu), di hari persandingan watak A, telah menghantar sms yang berbunyi “Semoga kebahagiaan, kedamaian, dan yang paling utama rahmatNya sentiasa dengan kamu. Namun ketahuilah aku sanggup menunggu 19 tahun lagi untuk cintamu itu..”.

Pengarah filem membiarkan penonton tertanya2 dengan pengakhiran cerita ini. Mungkin ada sambungan Part 2 agaknya. Dari 10 pop corn aku hadiahkan 9 1/2 pop corn untuk cerita yang menarik ni..chehh! Untuk adegan yang tidak disengajakan..mmm..tak ada yang dapat aku spot. Semuanya perfect.

Begitulah sebuah pengkisahan hebat yang penuh dengan emosi, drama. Aku setuju, begitu juga dengan semua penonton yang datang hari tu. Mungkin Tuan Direktor Ahmad Idham boleh buat filem yang serupa dalam versi Malaysian (sebab watak Ahmad Idham pun ada dalam filem tu). Pasti malatop.

Akan lebih sadis agaknya kalau guna OST lagu rock kapak ni..


Ataupun yang ini…



P/s – Kalau aku jadi watak B tu aku juga sanggup menunggu 19 tahun lagi walaupun aku tahu cinta tak semestinya memiliki..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...