Apa gunanya MEB konon untuk meningkatkan pendapatan rakyat kalau kuasa membelinya rendah? Lebih teruk lagi rakyat berpendapatan tinggi by 2015 tapi 2010 (belum masuk 2011) harga minyak, gula dah naik. Lepas ni sure mamak Nasmir pun naikkan harga canai, mak Bedah naikkan harga barang masakan sebab harga gula naik. Naik 5 sen tapi harga canai pun naik 5 sen jugak. Hampeh betui! Takpe at least kita tahu PRU lambat lagi la nak datang tu..
Its time to tighten our belly again. This time it is not because of higher world fuel price, it’s the government’s 2nd best reason..subsidi! Banyak la subsidi. Dah nama pun barangan terkawal, kenalah sokong..kata Rakyat Didahulukan? Nanti semua rakyat naik minyak, kasi lempang sume Menteri2 yang dah naik lemak ni..baru ada akai..Cemana la rakyat nak beli Lekiu la, Lekir La, Tuah Saga la? Nak naik keldai tarik kereta roda zaman Nasib Do Re Mi, letak logo Mercedes Benz ke, VW ke, dah tak dibuat orang lagi zaman ni. Buat malu je.
Teringat zaman-zaman study dulu. Beli kereta Honda Shuttle 10 tahun USD2500, beli barang letrik..pehh! murah2. Beli baju, minyak wangi branded-branded. Yang tipu2 longgok2 style Petaling Street mampuih x jumpa. Cost of living rendah (kecuali insurans la tinggi). Kos buruh pun tinggi. Kerja kat Wild Pizza ke, Library ke, pungut apple kat ladang ke semua dibayar mahal. Kat sini, gaji mahal pun cam la ni rasa x berbaloi je keje. Jgn ingat aku x bersyukur. Ada kerja ni lebih baik la daripada xde kerje. Dan jangan ingat aku tak patriotic sebab buat posting ni. Kalau x patriotic dah lama la aku cuci pinggan kat US sana, kumpul duit banyak2 pastu berlagak bila balik Malaysia. Tapi aku Cuma nak berkongsi keresahan kebanyakan rakyat dengan kenaikan ini. Mungkin kerajaan patut berhemat dengan segala bana projek daripada melempiaskan kesemua masalah kerajaan kepada rakyat. Tau la hutang Negara dah banyak. PETRONAS pun dah xleh nak gagau lagi…
P/s - Yang penting bro, kena make sure ’barang’ tu sentiasa boleh naik. Kalau dah xmo pandai2 la cari pak Leman tukang urut ke, doktor ED ke..huhu
1 comment:
haha.. Rakyat skang tunggu masa je nak bedal si Najib! Malang sungguh Malaysiaku ini!
Post a Comment