December 07, 2010

Masam-Masam Manis: Samy Vellu, Ku Li..

Dua cerita menarik semalam, pertamanya perletakan jawatan (lebih manis penyerahan kuasa) DSS Samy Vellu selepas 31 tahun memegang tampuk pemerintahan MIC dan penarikan balik darjah kebesaran daripada Ku Li oleh Sultan Kelantan. Dato’ G. Palanivel akan memegang jawatan Presiden ke 8 dan sepatutnya kata Samy Vellu dia cukup bersedia untuk mempertahankan jawatan tersebut. Adakah Palanivel cukup hebat untuk menggantikan watak Rajinikanth yang telah berkuasa lebih 3 dekad? Ataupun beliau cuma so called transition dummy macam Pak Lah? Kita tunggu dan lihatlah nanti kesudahan cerita MIC dan kaum India dengan latarbelakang Hindraf, GAP (Gerakan Anti Palanivel?), samseng, Dato’ S. Subramaniam dan sebagainya.

Satu lagi kisah berkisar tentang penarikan darjah kebesaran Sultan Kelantan terhadap Ku Li kerana komen Tengku yang menyentuh tentang perlantikan Sultan yang baru. Kata Ku Li penarikan darjah kehormat tersebut tidak langsung merisaukan beliau, malah sambil menyindir, gelaran Sultan apatah lagi boleh dilucutkan inikan pula gelaran darjah kehormat. “Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan raja negeri yang boleh dibuang” kata beliau. Agaknya deretan permasalahan keluarga Diraja Kelantan ini akan terus mewarnai tahun baru 1432H.


P/s – Antara Copa Cabana Cikgu Sha'ari ngan Silver Tortoise ‘Cikgu’ Norkiah, mana satu yang lebih hebat? Get out both of you...*&#@!+*%^ (swearing pakai bahasa Jerman, ko mana tau ko tak sekolah..hehe)

2 comments:

Tinta dari Lembah Kinta said...

Apa-apa perkembangan terkini pun harap-harap janganlah memecahbelahkan rakyat ermmmm

Capri said...

Hopefully..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...