May 28, 2012

Omra 2012 (Part 6)


Hari-hari seterusnya di Madinah, kami berpeluang menziarahi tempat2 yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Masjid Quba, Qiblatain, Masjid tujuh dan Gunung Uhud. Terbayang kehebatan Singa Allah di medan perang Uhud walaupun dia akhirnya tewas dek kesilapan pasukan pemanah. Kami tidak sempat ke tempat2 lain disebabkan salah seorang Jemaah tiba2 gagal dikesan sewaktu di Masjid Quba. Setelah dua jam di sana mencari di setiap arah, akhirnya beliau diberitakan telah kembali semula ke hotel bersendirian. Mutawif pulak tidak mahu kami terlepas menunaikan sembahyang di Masjid Nabawi, maka tidaklah dapat kami menziarahi semua tempat2 yang sepatutnya dilawati.

Pagi akhir sebelum bertolak pulang, aku sekali lagi ke Masjid untuk bertemua Nabi mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda. Sedih sungguh meninggalkan Kota Madinah dan isinya apatah lagi memikirkan mungkin tiada lagi kesempatan untuk datang ke sini. Aku berdoa di Raudhah agar aku dipertemukan lagi dengan Rasulullah SAW. Itu saja yang termampu kulakukan. Sebelum itu, aku berkesempatan ke perkuburan Baqi’ melawat para Syuhada’ dan Anbia yang tenang di sana menunggu2 masa sebelum ditempatkan di Syurga. 

Tengahhari 30hb kami berangkat pulang ke Malaysia. Maka bermulalah episod baru kehidupan seorang manusia yang bernama Fadil Ariff… InsyaAllah!!


Tempat bersemayamnya Penghulu para Syuhada'. Pernah sebelum itu terjadi banjir besar di kaki bukit Uhud. Dengan izin Allah, terkeluarlah semula jasad antara 70 para Syuhada' termasuklah jasad Saidina Hamzah. Walaupun selepas beberapa lama, jasadnya masih elok malah masih ada kesan2 luka dan berdarah...




Model sambilan...











Di suatu pagi yang tenang di perkuburan Baqi'..tempat tinggal sementara lebih 10,000 tabiin, anbia, sahabat2, isteri2 dan keluarga nabi..








bergambar bersama pakcik & makcik Norela dari Shah Alam yang menganggap kami berdua sebagai anak angkat mereka...







P/s - dah nak balik...baru teringat Raischa..


3 comments:

YuYun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

err...en. Capri..bole bawa kamera ke ketika berada di mekah? Pak Arab tidak rampaskah? Time makcik sy p dulu (2005), katanya usahkan kamera..hp yg ada kamera pun kalu mereka nampak akan dirampas.. bergambar-gambar di kaabah pun x boleh..

Capri said...

Bole...tapi kalau di Madinah org pompuan x bole bawak kemera ke Masjid Nabi. Yang lelaki tetap bole..

Yuyun said...

Ini semacam tidak adil!!! huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...