Masuk hari yang ketiga,
Alhamdulillah segala dugaan penyakit terhapus dan selepas itu semuanya bertukar
menjadi nikmat yang tak terhingga. Agaknya sebahagian daripada permohonan penghapusan
dosa-dosa (jika tidak semua) telah dimakbulkanNya. Ini bertepatan dengan hadis
SAW yang kira-kira bermaksud “Para Jemaah Haji dan Umrah adalah
tetamu-tetamu Allah, bila mereka berdoa kepadaNya maka Dia akan memakbulkanNya
dan bila mereka memohon keampunan kepadaNya, maka Dia akan mengampuniNya”.
Maka semuanya menjadi indah selepas itu. Makanan menjadi sedap sehinggakan makanan
yang agak ‘kurang mendapat tempat’ atau ‘langsung tidak pernah’ dijamah di
Malaysia pun menjadi makanan yang paling enak. Bangun pagi2
menjadi mudah. Tidur yang hanya beberapa jam sehari amat menyegarkan badan.
Bersolat, berqiam, ber’iktikad, membaca Al-Quran, melihat Kaabah, bertegur sapa
cukup-cukup memberikan kepuasan. Sehinggakan aku bertanya kepada diri adakah ini
syurga dunia dan jika betul, apa yang telah kubuat sehingga aku diberikan kenikmatan
yang sebegini hebat? Allah Maha Besar...
Dari sehari ke sehari kenikmatan
mengerjakan ibadat semakin bertambah. Rutin harian kami bermula daripada bangun
pukul 1.30am dan berpimpinan tangan menuju ke Al Haram. Sampai di sana kami
mulai dengan solat sunat Tahiyattul Masjid di belakang maqam Ibrahim sambil berniat
untuk bersembahyang di Multazam, Hijr Ismail dan mengucup Kiswah. Kata orang
apa saja yang dihajati mudah termakbul. Maka kami banyak berdoa untuk mendapatkan
sesuatu. Dan yang paling utamanya jangan lari daripada niat yang dipohon. Pertama
kali kami berniat, kami sama-sama berjaya sembahyang sunat di depan Multazam.
Dihadapan puluhan orang hatta ratusan yang berebut-rebut mahu berdoa di
Multazam, Allah melorongkan jalan yang mudah dan dua tempat kosong untuk kami
bersembahyang dan berdoa. Jemaah yang sedang tawaf sedikit pun tidak menyentuhi
kami biarpun derap-derap bunyi kaki mereka kedengaran amat rapat sekali.
Meneguk air zam-zam di depan Kaabah. Airnya segar dan menyegarkan. Sepanjang meminum air zam-zam aku consistent dengan tiga permintaan: hilangkan segala penyakit yang ada, kembalikan kekuatan fizikal dan bersihkan hati seperti mana hati Rasulullah dibersihkan ketika mana Baginda diangkat ke Arash..
Rutin sembahyang mesti di depan Kaabah...no compromise walaupun pada sembahyang Jumaat yang amat2 sesak.
No comments:
Post a Comment