June 10, 2012

OMRA 2012 (Finale)


Panjang sungguh posting ini. Sebagai finalenya, berikut adalah beberapa penghayatan dan pengertian bagi ibadah umrah bagi diriku yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca: -

Sesiapa yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah dan hadir kerana jemputanNya. Selama ini telah banyak kali bonus yang diterima, duit yang telah cukup tapi sekiranya tidak dijemput, maka tiadalah kesempatan untuk kita ke sana. Sebagai hambaNya kita perlu banyak berdoa, berharap dan sentiasa bersedia kerana sekiranya kita telah dijemput, segala-galanya di dunia ini akan kita tinggalkan untuk menerima jemputan itu. Namun tidaklah layak kita berpergian sejauh Baitul Haram dengan segala dosa dan kekejian yang masih berdaki di hati dan fizikal kita. Jadi, perbanyakkanlah  berdoa dan bertaubat. Keikhlasan hati adalah antara penyebab kepada segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT di Tanah Suci Mekah.

Ilmu pengetahuan (be it fikh, tasawuf atau tauhid) amat-amat perlu bagi mendapatkan penghayatan dalam melakukan ibadah. Seseorang tidak akan terkesan dengan segala perbuatan umrah dan haji apatah lagi menghayatinya tanpa ilmu pengetahuan bagi sebab-sebab perlakuan umrah dan haji tersebut. Contohnya berlari-lari anak di antara Safa & Marwah, Intipati doa tawaf setiap pusingan hatta beribtidda bagi orang laki-laki.Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sebaik-baik bekal itu ialah Takwa (memelihara diri), dan bertakwallah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” petikan daripada Surah al-Baqarah ayat 197.


PENYERAHAN DIRI

Hidup ini adalah penyerahan diri secara total kepada qada’ dan qadar Allah SWT iaitu sebagai hamba kepada penciptanya. Segala ibadah hanya kepada Allah, segala permintaan hanya kepadaNya. Begitulah konsep penyerahan diri secara ikhlas yang sepatutnya dilakukan terhadap Allah SWT tanpa meninggalkan doa dan harapan. Berserahdirilah kepada ketentuan-ketentuanNya, hukum-hukumNya, dan takdirNya. Setiap jiwa di Tanah Haram akan merasai ujian dan setiap ujian itu harus ditangani dengan konsep penyerahan diri ini. Setiap ujian adalah kifarah. Justeru kepayahan, kesakitan, tekanan yang wujud semasa, sebelum atau selepas menunaikan haji dan umrah adalah ujian Allah SWT untuk hamba-hambaNya. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah SWT akan menghapuskan segala kesalahannya.”

Ibadah umrah dan haji mampu menjadi agen perubahan kepada keperibadian makhluk Allah. Itulah yang dapat aku rasakan sehingga posting ini ditulis. Esok-esok aku berserah lagi kepadaNya tetapi doaku untuk sentiasa diberikan petunjuk ke jalan yang benar tidak akan lagi lekang dari bibir. Kalaulah aku tahu ibadah umrah ini mampu mengubah keperibadianku sebegini rupa, sepatutnya dari dulu lagi aku patut ke sana. Apabila kita mampu membuat diri terasa berdosa ianya adalah hasilan dari sifat terpuji yang telah kita miliki. Ianya jelas merupakan agen perubahan terbesar yang terhasil daripada ibadah umrah tersebut.

Berdoa dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya kerana segala permintaan InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah. Begitulah juga halnya walaupun kita tidak lagi berada di Tanah Haram. Berdoalah kita sentiasa kerana Allah SWT pasti menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri.

Mengunjungi Rasulullah SAW seolah-olah seperti kita bersemuka dengan Baginda. Namun hati yang keras dengan segala macam dosa tidak akan dapat melihat Baginda seperti yang sepatutnya. Jadi banyakkanlah mendengar kisah2 Baginda, banyakkanlah memahami jerih payah SAW meninggikan syiar Islam sehingga kita ini diberikan harta yang paling berharga – iaitu dilahirkan menjadi seorang Muslim. Begitu juga dengan pengorbanan dan perjuangan sahabat-sahabat serta teman perjuangan Rasulullah SAW patutnya dihayati dengan penuh keinsafan dan kesyahduan.

P/s – sebagai panduan untuk diri ini (juga anda perhaps)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...