May 25, 2012

Omra 2012 (Part 4)


Sepanjang berada di Mekah kami juga dibawa ke tempat2 yang afdal untuk diziarahi seperti Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Masjid Jiranah, Masjid Aisyah, ladang unta, dsbgnya. Sekiranya diberikan pilihan, bagi aku, amat sesuai sekali sekiranya umrah ini dilakukan di Mekah dahulu sebelum meneruskannya ke Madinah. Ini kerana keadaan spiritual kita akan lebih baik selepas mengerjakan ibadah di Tanah Haram sebelum pergi bertemu dengan Baginda Rasulullah di Madinah. Hati akan mudah tersentuh dan menginsafi diri terutamanya bila kita dibawa untuk melihat Jabal Tsur contohnya, yang menempatkan Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad (SAW) dan Saidina Abu Bakar. Cerita burung merpati, cicak, labah2, kala jengking semuanya menjadi penyedap cerita mutawif kami yang berasal dari Indonesia, Ustaz Ariffin.

Mengimaginasikan kekuatan hati Saidatina Khadijah turun naik gunung itu semata-mata untuk membawakan makanan kepada suami tercinta mampu meleburkan hati yang egoistic. Padang Arafah yang cukup luas dan cerita bagaimana bertemunya Adam dan Hawa selepas terpisah 200 tahun juga sesuatu yang menakjubkan (walaupun org rumah tidak mahu lama-lama di Jabal Rahmah!!). Melihatkan ketinggian Jabal Nur menguji minda kita bagaimana Rasulullah turun sambil berlari daripada bukit tersebut yang agak tinggi selepas menerima wahyu yang pertama. Semua yang dilakukan Baginda hanyalah untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Jadi setelah semuanya ini dapat melenturkan hati yang keras, tiada yang akan tidak menangis contribution Nabi SAW ketika melawat beliau di Madinah. Aku seperti biasa gagal menahan emosi bila aku 'berbicara' dengan Nabi di maqam Baginda.. 


Selepas tawaf wida' di tengah panas terik matahari..Pun begitu batu2 yang di pijak terasa sejuk dan menyenangkan.









Ketinggian Gunung Tsur jelas kelihatan..











Jabal Rahmah dari kaki bukit. Ramai juga yang naik ke atas tapi rombongan kami terlalu ramai (10 bas). Kalau ada yang naik pasti petang pun belum tentu ada yang turun..












Lebih baik jual unta dari jual orang..kata Pak Tongko.









Asalnya geng2 Baling ni duduk paling belakang kalau beribadah di Baitul Haram. Rezeki mereka mengikuti kami ke Tane'em, selepas itu kami bawa mereka sampai ke Kiswah Kaabah. Menangislah mereka bersyukur kerana akhirnya permintaan mereka termakbul. Aku dan Nora sangat2 merasa gembira kerana kami dapat menjadi platform kepada permintaan mereka.



Di perjalanan antara Mekah dan Madinah, kami singgah di R&R di tengah2 padang pasir. Teringatlah kami kepada Aiskrim Mekah, Ayam Golek peniaga Afghanistan serta semua makanan2 sedap di tempat penginapan..





Melakukan ibadah di Mekah sangat mengujakan tapi aku tidak tahu sekiranya bila kembali ke tanah air nanti ianya akan berkekalan. Aku hanya boleh berdoa agar amalan ku ini berterusan. 

Tidak ketinggalan juga banyak barang2 yang boleh dibeli di Mekah & Madinah. Kalau hendak membeli barang biarlah di Madinah kerana ianya lebih murah, mudah tawar menawar dan banyak pilihan. Kami juga tidak ketinggalan memborong.

Keseronokan berakhir pada hari kelapan di mana hari Jumaat tersebut merupakan hari terakhir kami di Kota Suci itu. Sebelum sembahyang Jumaat, kami menghabiskan 5 pusingan tawaf wida’ dan dua lagi selepas habis sembahyang. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 8 jam menempuhi padang pasir yang meluas. Selamat tinggal Mekah. Syurga dunia bagi kami. Di perjalanan (selepas melintasi Tanah Haram) tak henti2 kami bercerita tentang kehebatan dan keajaiban Mekah serta isinya. Tak henti2 Nora mengingatkan aku untuk menyimpan duit untuk datang semula ke kota ini dalam masa yang terdekat. Aku menganguk amat2 setuju...

p/s - pandangan ku terhadap ibadah ini dan impaknya kepada diri..InsyaAllah dalam posting yang akan datang...sebelum tu crite kat Madinah la dulu..

2 comments:

Anonymous said...

seronok baca.. sebuah perjalanan yang sempurna... Semoga ibadah diterima Allah dan apa yang dimohon dan diharapkan menjadi kenyataan. Amin.

Capri said...

Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...