May 24, 2012

Omra 2012 (Part 1)


Petang 18hb kami berdua berangkat ke Putrajaya sebelum menaiki flight MH8004 pada keesokan harinya. Sebelum itu, hanya pada pukul 12 tghhari barulah Raischa keluar daripada ISH kerana masalah asthmanya. Dia berada di wad Paediatric sejak dua hari lepas. Banyak betul dugaan yang mendatang sebelum kami bertolak ke Tanah Suci, namum sebenarnya dugaan itu belum cukup masak lagi. Hari aku flight, hampir 15 kali keluar masuk toilet KLIA disebabkan diarrhoea. Agaknya kurang tidur lebih 24 jam, kelam kabut menyediakan diri, keluarga, dengan keadaan Raischa yang kurang baik...agak menjejaskan kesihatan aku. Sepanjang penerbangan, sepengetahuan aku makanan2 free dalam flight hanya 15% max ku sentuh.

Sesampainya di Jeddah, sakit perut agak berkurangan tetapi disebabkan aku telah berniat ihram sejak di flight lagi, ada lebih baik aku ‘menahan’ seboleh mungkin. Aku tak mahu kain ihram itu kotor sebelum mengakhiri umrah yang wajib. Perjalanan dari Jeddah menaiki bas hanya sekitar 2 jam. Tiada jemaah yang tidur rasanya. Mungkin semuanya excited untuk sampai ke Tanah Haram.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Mekah sekitar jam 12 tengah malam. Selepas +- sejam check in di Taiba Al Firdous, kami bergerombolan ke Masjidil Haram yang terletak agak jauh sekitar 400 meter dari tempat penginapan. Ku gagahi juga walaupun dah terlalu lama rasanya tidak melelapkan mata, terlalu lemah badan ini dehydrated disebabkan cirit birit yang melanda. Bagaimana agaknya nanti aku nak bertawaf, bersai’e? Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal…

Niat ku ke Tanah Suci ini hanya satu. Aku ingin memohon pengampunan daripada Allah atas segala dosa2 yang telah dan akan ku lakukan sepanjang penghidupanku. Tiada lain dari itu. Sampai di pintu King A Aziz, aku dah tak dapat lagi menahan emosi. Tak faham samada ianya emosi kegembiraan, kesedihan atau apa-apa saja. Melihat kelibat Kaabah saja aku burst into tears. Ayat-ayat yang kubaca seraya mengikuti bacaan mutawif agak timbul tenggelam. Makcik2 dan pakcik2 rakan jemaah yang masih belum berapa kami kenali agaknya pasti pelik melihat gaya aku menangis tersedu-sedu. Biarkanlah, kata hati aku. Aku nak berkhalwat dengan Tuhanku di rumahNya ini. Kalau tangisan di luar masjid itu tadi penuh dengan emosi,  aku tidak dapat lagi menceritakan bagaimana perasaan itu sewaktu mengelilingi Kaabah..

Selama dua hari tawaf dan bersembahyang di Masjidil Haram, tiada apa yang kupinta selain pengampunan daripada yang Maha Esa. 


Raischa di ISH. Dah jadi macam rumah keduanya.










Kami pergi berdua setelah menerima jemputanNya...tinggallah Raischa yang baru keluar hospital (dan baru berumur 1 1/2 tahun)








Beg sandang di bahu, botol zam-zam di tangan dan selipar jepun di kaki. Masjid Al Haram sukar digambarkan...bercahaya sentiasa di mata, di hati...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...