Aku bercadang hendak ke Stadium Sultan Azlan menyaksikan perlawanan terakhir Malaysia bertemu Pakistan petang tadi. Aku kata terakhir sebab aku agak confirm Malaysia akan menghuni tangga tercorot walaupun jika menang ke atas Pakistan. Dengan kurangnya fokus pemain2 sepanjang kejohanan dengan melepaskan gol2 padang yang mudah, tiada sebab kedudukan terakhir itu tidak patut dihuni. Walau bagaimanapun permainan yoyo pasukan kebangsaan, kuat bila bertemu pasukan kuat dan lemah bila bertemu pasukan setaraf, agak memberangsangkan setelah lama tidak bermain di peringkat antarabangsa. Kalau tak salah aku kali terakhir bilamana pasukan kebangsaan menang perak di Sukan Asia Beijing tahun lalu.
Pukul 5 hujan mencurah2, petir sabung menyabung (cheh..itu dah cam skrip drama tu). So aku gagal untuk keluar rumah. Astro pun line x ok. Alih2 bila line Astro dah ok aku tengok di Stadium dan kawasan sekitarnya hujan tak la pulak turun. Masa tu dah pukul 6.30 so aku layan je lah TV tu.
Ingatkan bolehla ke Stadium untuk mengimbau kenangan lama..huhu.
GURU
16hb Hari Guru. ”Selamat menyambut Hari Guru, cekgu” kata2 membodek Najib. Terima kasih kepada semua guru yang banyak mengajar, tak kiralah English Edukesyen ke, ape2 Edukesyen ke, jasa guru tetap akan dikenang. Juga tak lupa khususnya untuk Cikgu Khemisah Kirby ;-) kutempelkan sebuah sajak karya agung Usman Awang (1979) untuk semua yang bergelar guru..
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
P/s – Teringat masa Sekolah Guru Nanak dulu, sambut Hari Guru rasanya cam sambut Hari Kanak-kanak. Hepi tak pernah kena tempat huhu..
P/s – Teringat masa Sekolah Guru Nanak dulu, sambut Hari Guru rasanya cam sambut Hari Kanak-kanak. Hepi tak pernah kena tempat huhu..
No comments:
Post a Comment