Kabinet Sarawak, Kabinet Tanpa Orang Muda
Kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melalui Ketua Pemudanya Saudara Mohammad Arifiriazul mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet Kerajaan Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan oleh Ketua Menteri (KM), Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 3hb Mei 2011 yang lepas. Kecekapan KM dalam melantik barisan menteri beliau dalam masa kurang sebulan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri. Pemuda PAS Sarawak juga mendoakan agar barisan kabinet negeri ini akan menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin dengan penuh amanah dan berintegriti.
Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN Sarawak yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda Sarawak. Dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan KM dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda Sarawak dalam membangunkan negeri bertuah ini, malahan, mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan ‘hebat’ mereka kali ini untuk meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan. Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para menteri yang ‘loyalists’ dan ‘yes men’ kepada beliau. Ini sememangnya satu kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya.
---------------------------
Kabinet Sarawak tanpa orang muda ye? Bagaimana rasanya bila melihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat Sarawak dari cetusan idea DAP ini? So PAS ‘hebat’ untuk jaga portfolio Hal Ehwal Ugama saja ke? Berkongsi pulak tu dengan Ali Biju..
Chief Minister, Natural Resources and Good Governance - Wong Ho Leng
Land Development and NCR Affairs - Baru Bian
Finance - Chong Chieng Jen
Local Government - Ling Sie Kiong
Tourism, Heritage and Environment - See Chee How
Rural Development - Chiew Chiu Sing
Industrial Development - Yap Hoi Liong
Public Health - Dr Wong Hua Seh
Social Development and Woman Affairs - Violet Yong Wui Wui
Public Utilities - Wong King Wei
Infrastructure Development and Communications - Chiew Wang See
Agriculture - Ting Tze Fui
Housing and Urban Development - Fong Pau Teck
Consumer Affairs - David Wong Kee Woan
Religious Affairs and National Unity - Ali Biju and Haji Adam
Begitu juga dengan portfolio utama di negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang terutamanya bila DAP mempunyai calon yang agak ramai. Teresa Kok, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah contohnya memegang portfolio pelaburan, industri, kerajaan tempatan dan kilang2 (factories) sedangkan Datuk Dr Hassan hanya ditugaskan menjaga budaya Melayu dan Hal Ehwal Islam dalam negeri Selangor. Yaakop Sapari pula ditugaskan dengan portfolio pertanian manakala Iskandar Abdul Samad pulak cuma jaga setinggan (squatters).
Di Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri memegang portfolio tanah, pembangunan tanah dan keusahawanan. Prof Ramasamy dengan State Economic Planning, Education and Human Resources, Science, Technology and Innovation. YB Chow Kon Yeow Local Government and Traffic Management. Lim Hock Seng pula mewakili Public Works, Utilities and Transport, Phee Boon Poh menjaga Health and Welfare, Caring Society and Environment, Wong Hon Fai ditugaskan dengan Town and Countryside Planning, Housing. Abdul Malik Abdul Kassim hanya dapat memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Domestic Trade dan Consumer Affairs.
Di Perak setelah tamatnya PRU-12, Dato' Ngeh dilantik menjadi Exco Kanan Negeri. Beliau juga menjaga kewangan, infra, public utilities, energy and water, dan non-Islamic affairs. Kor Ming saudaranya bertanggungjawab dengan Education, Local Government, Housing and Public Transport. YB Sungkai A. Sivanesan menjaga kesihatan, environment dan HR manakala YB Thomas Su Keong Siong dengan Higher Education, Science, Technology and Communications. Katak2 PKR Jamaluddin Mohd Radzi pula hanya ditugaskan menjaga entrepreneur development and cooperative, agriculture and trade. Mohd Osman Mohd Jailu sebagai exco pelancongan, pembangunan manusia dan NGO. YB Lubok Merbau Mohd Zainuddin Mohd Yusof pula hanya menjaga kepentingan berugama, wanita dan kebajikan.
Kabinet Bayangan PKR Sarawak pun 2X5 gak la..
P/s - Cuma jaga Hal Ehwal ugama saje pun YB Abdul Malik tak reti2 nak control Jeff Ooi..here