July 08, 2010

Sustainability


Petronas should retain 50% of its profits for re-investment
The Star Online, 5th July 2010, Joshua Foong

KUALA LUMPUR: The Government should legislate that Petronas retains at least 50% of its profit for the purpose of re-investment, DAP chief economist Tony Pua said. He said Petronas was still giving out high dividends worth RM30bil to the Government, despite a sharp drop in its profits for the 2010 financial year. The Barisan Nasional-led federal government risked jeopardising the national oil company's profitability if it kept imposing such requirements on Petronas, Pua claimed.

Pua also warned that the dividend payouts could constrain the company's growth plans and re-investment prospects. "A company should only have a high dividend payout ratio when it no longer has use of the profits to generate additional future profits, which is clearly not the case for the capital-intensive oil and gasindustry," he said in a press conference at Parliament lobby Monday. "The dividend paid by Petronas must be dictated by the needs of the company and not by the wants of the shareholders, which in this case is the Malaysian government," said Pua.

---------------------------------------

Kali ini aku setuju dengan Tony Pua.

PETRONAS mesti dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat korporat rather than jadi CSR kepada kerajaan. PETRONAS kena survive, sustain sebab kerajaan bergantung 40% kepadanya. Sekiranya PETRONAS hanya dibenarkan menggunakan 15 – 20% daripada keuntungannya (yang semakin menyusut) pasti PETRONAS tidak dapat lagi bersaing di pasaran global. Kos penyelenggaraan semakin meningkat dan tidak selari dengan harga minyak mentah di pasaran yang semakin menyusut. Akhirnya, untuk memastikan kantung kerajaan sentiasa berisi, PETRONAS mungkin nanti akan melepaskan sebahagian daripada tanggungannya dan yang paling dikhuatiri apabila PETRONAS tidak lagi melihat R&D sebagai penyumbang kepada masa depan syarikat.

Ada benarnya PETRONAS boleh menyumbang kepada perkembangan KDNK dengan mengurangkan pelaburan luar negara dan memfokus kepada pelaburan domestik. Dengan kekuatan yang ada PETRONAS boleh merancakkan pertumbuhan dalam negara namun ianya akan menjadi setback kepada keupayaan PETRONAS dalam jangka masa panjang. PETRONAS mesti maju ke hadapan dan tidak boleh menukar portfolio pelaburan sewenang-wenangnya. Dan pastinya untuk menutup mulut pengkritik, memberikan ole-ole dalam bentuk peningkatan gaji (seperti yang diamalkan sekarang) bukanlah penyelesaian masalah.


KETIRISAN

Kita juga tidak mahu nanti segala pelaburan domestik yang dibuat oleh PETRONAS akhirnya akan menjadi satu industri besar ’ali baba’ kepada towkey-towkey besar (yang pastinya ditunggangi oleh ahli-ahli politik). Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Rakyat juga yang akan merana.

Mudahnya perkara di atas dapat disimpulkan dengan analogi yang lebih kurang begini..

Cik Mah berniaga kecil-kecilan menjual karipap dan kuih lapis sebagai sebahagian daripada penjana ekonominya. Hari ini dia menggunakan RM10 sebagai modal membuat kuih dengan harapan membawa pulang RM2 sebagai keuntungan. Namun setelah mendapat keuntungan RM2 itu dia mula lupa diri. Dia menggunakan keuntungan itu dan RM2 daripada modal perniagaan untuk membeli peralatan solek (memandangkan dia seorang janda berhias). Hari ke hari dia gagal menangani ketirisan tersebut (i.e. nafsu membelinya), akhirnya dia terpaksa meminta pertolongan adiknya yang juga seorang penjual popia.

Disebabkan adik Cik Mah amat menyayangi Cik Mah, terpaksalah dia memberi pinjam sebahagian daripada modal dan keuntungannya kepada Cik Mah. Namun begitu sebagai implikasi kepada sayang tersebut, terpaksalah adik Cik Mah melupakan hasrat beliau untuk menembusi pasaran Jepun yang amat berminat dengan popia-popia Malaysia.

Di akhir cerita akibat tidak dapat juga menangani masalah nafsu membelinya, Cik Mah terpaksalah meminjam kepada ceti haram yang kemudiannya menjualkan janda berhias tersebut kepada kongsi gelap kerana gagal melangsaikan hutang piutang. Adiknya pula terpaksa menjualkan perniagaan beliau kepada mamak Mydin sebab kekurangan modal pusingan.

Moral of the story, lu pikir la sendiri… sesekali jeling la kat Greece.

2 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

Baca dah..takde comment pe2 cuma nak ckp dah bertukar rupa la blog ni..hehe

capri... said...

Yeaaa...ada jugak yang nampak perubahan (walaupun ada jugak sebelum tu yang komen kata design blog ni 'gatai' skit)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...