April 18, 2010

Middle Age Crisis?

Lelaki Malaysia pilih wanita seberang isteri kedua
Berita Harian: 16 Apr. 2010

MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua. Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan. Pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

Mengikut Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun. Selepas lima tahun, isteri itu layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak pasangan berkenaan automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia untuk menikahi wanita warga negara asing.


----------------

Wah..Wah..wah! Puratanya kok seorang sehari? Sunah Nabi ni… "Kahwinlah kamu 2,3 atau 4, tapi kalau tak daya (takut tidak berlaku adil), cukuplah dengan 1..."

Mau nyalahkan cewek2 Indon ini, ngak bisa bung kerna mereka juga manusia. Kalo bertepuk sebelah tangan, kata orang tua2 mana mau datang bunyinya (kalau orang sekarang, tepuk sebelah tangan gila namanya. Apa barang tepuk sebelah tangan?) Kata mereka awek Indon ni ada di mana2. Di kilang2, pasar2 malam, restoran2. Kata mereka lagi, ngakk bisa melarikan diri dari mereka. Yang aku pelik restoran mamak dekat rumah aku ni ramai pekerja Bangla pompuan, tak pulak mereka nak jatuh cinta.

Bagi aku apa salahnya kalau mahu mencoba asal boleh berlaku adil (jangan marah ye Kak Zat!). Kemampuan diri patut dinilai, ukur baju di badan sendiri. Kalau size M cam aku jangan pulak nak pakai baju Kasyfi. Nampak pusat yop!


PENGALAMAN

Pengalamanku ke Medan sekitar 2004 dulu ngakk pulak kupedulikan cewek2nya (ayat skema nih!). Mungkin kerna aku masih kira2nya bawah umur. Waktu itu aku bersama rombongan kantor membuat pameran di Medan Fair (disebut Medan Pess). Pamerannya dibuka sekitar jam 6 sore hingga larut malam. Mungkin ada yang heran kok mengapa pamerannya mulain malam hari? Tricknya supaya ramai yang putar2 lihat2 pameran (siangnya mereka bekerja)…dan yang utamanya acara berdangdut bermula sekitar tengah 8 malam. Dangdutnya yang famous waktu itu dangdut lagu Cindai Siti Nurhaliza irama rap. Gadisnya gedik2 dengan putaran pinggul 180 darjah, mata Inul juga bisa terbeliak! Bukan satu atau dua mini stage tapi banyak skali. Pameran entah kemana, kerja entah kemana. Cuma dangdutnya ada di mana-mana..

Tapi aku maintain, waktu tu lah…kalo sekarang mungkin bisa juga terlalu aku pedulik (ayat2 middle age crisis ni..fuhh! Tidakkah terlalu cepat?). Ini kenapa kok bicara bahasa Indon ni? Bahaya ni baik aku abiskan posting ni di sini saja...

P/s – Mael ko kata aku Jimmy Shanley lagi sekali, aku pengaruhi Kak Su PDA ko jadi 4 tahun ni.

2 comments:

ipohmom said...

Bila nak buat tag????

capri... said...

mmm...mmm...next posting lah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...