April 28, 2010

Kesian Menteri Amaran!

Aku teringat dulu masa tahun 90an aku ke kedai minum somewhere di Jelapang. Maka masuklah dua orang polis agaknya nak minum petang. Dengan selamba satu pakcik ni dengan geng2 dia sound yang bunyinya kira-kira macam ni: “Apa yang bau busuk baru masuk ni…cam bau rasuah pun ade?” Hebat pakcik tu dalam hati aku kata. Dua2 polis tu pun angkat kaki terus keluar dari kedai minum tu.

Tapi tu tahun 90an. Kalau tahun millennium ni mau bersepai kepala pakcik tu kot kalau kata-kata yang ‘menusuk kalbu’ tu terkeluar. Geng2 ni bukan kira sangat..pakcik ke, budak 15 tahun ke? Menteri Amaran sepatutnya bagi amaran maha tegas supaya penggunaan senjata ni diprotokolkan dengan sewajarnya. Kalau dulu polis diassociatekan dengan rasuah, sekarang pulak sebagai pembunuh kejam. Dah beberapa kes yang terjadi, yang tak sepatutnya terjadi (Kugan, Norizan to name a few), telah mengotorkan pakaian seragam polis.

Walaupun kejadian ini dilakukan segelintir anggota polis tapi ianya secara tidak langsung menunjukkan betapa rendahnya integriti polis yang mahu dikenali dengan Cepat, Mesra & Betul. Jangan cepat sangat angkat senjata, biarlah bermesra-mesra dulu, dah confirm barulah betul2 ambil tindakan. Ni kes si Amirul Rashid ni sapa nak jawab? Menteri Amaran & Tan Sri Musa jugak yang kena jawab. Kerajaan jugak yang kena saman. Si Lateefa Koya jugak yang dapat nama…ish! ish! ish! Moto boleh tukar la jadi Sebat, Maki & Pukul


--------------------------------------

Harakah Daily
27 April 2010

SHAH ALAM: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah, 15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun. "Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini. "Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."

Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut. "Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,

Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya. Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah. "Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...