January 19, 2010

Topi Keledar (dibaca 'Keldai')




“Hukuman buang sekolah kalau tidak pakai topi keledar”
NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KOSMO 18 Jan 2009


JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah….

--------------------------------------------
Entah mengapa petikan dari tajuk berita ini agak menggelikan hati….Peraturan tak habis-habis peraturan!


SEBELUM 31 DEC 1985

Masih teringat waktu dulu-dulu bila mak menyuruh baca buku sebab peperiksaan nak dekat. Berpeluh dia menyuruh tapi anak dia buat donno je. Maklumlah waktu tu mana nampak masa depan lagi (agaknya itulah situasi yang sedang aku hadapi dengan anak2 sekarang ni..). Maka seboklah mak meleter, tak habis meleter disuruhnya buat latihan, hafal kira-kira, peraturan itu peraturan ini dsbg. Lagi dekat nak periksa lagilah kuat ‘paksaan’ mak.

Di satu sudut memanglah bagus sebab anak dia masa dah dekat exam barulah reti nak pegang buku (bila nampak abah pegang rotan lagi la cepat..). Tapi lepas abis je exam buku ntah kemana, hafalan ntah kemana. Peraturan tinggal peraturan. Yang confirm sekali-sekala kena rotan sebab balik lambat dari padang.

Tiap-tiap kali nak exam maka tiap-tiap kali jugaklah mak akan mendesak, meleter...


SELEPAS 31 DEC 1985

Bezanya kali ni abah dah tiada lagi. Entah kenapa setiap kali emak bersuara ianya seperti suatu perintah yang perlu aku lakanakan dengan penuh komitmen. Seperti seorang askar semua perkataan yang keluar adalah seperti satu arahan daripada jeneralnya. Setiap arahan itu merupakan satu tanggungjawab yang penuh dengan tekanan. Kalau disuruh baca buku, habis buku tu aku baca dalam sehari. Kalau disuruh menghafal, habis kuhafal sampai kali-kali 12. Fuhh! Teruk jugak aku mempressurekan diri waktu tu. Semuanya sebab perasaan kebertanggungjawaban memimpin keluarga..(rasa yang anak2 aku belum mengerti lagi agaknya)

Hanya selepas 13hb Dec barulah aku terjaga dari tidur. Aku terjaga disebabkan ’bunyi yang kuat’ bukannya sebab dibangunkan dengan cara perlahan.


RELEVANCY

Apa kaitannya penguatkuasaan topi keledar, penggantungan sekolah dan cerita di atas? Ntah...takde kot!! In fact jauh sangat bezanya pakai topi keledar dengan kena gantung sekolah. Macam kalau kat Univ. ni kena tangkap pakai selipar masuk dewan exam, CGPA kena turun 10% ke 15% ke....mana ade jalan bro??

Cuma satu nasihat janganlah kita terbangun dari tidur dengan ’bunyi yang kuat’ kalau sebenarnya kita boleh bangun dengan cara yang paling menyenangkan. Janganlah tunggu sampai kepala hotak berjambul, cacat anggota badan sebab tak pakai topi keledar bila accident...baru nak teringat peraturan!! Nape tak jadikan ianya budaya.....

Kata dema behavior is like a tip of an iceberg. The invincible part that is (i) what matter to us most i.e. our internal philosophy and (ii) mindset i.e. beliefs and attitude, will visualize our behavior. At the end of the day, the share of common patterns of behavior will create an identity. This common identity in a broader perspective is called a culture.


P/s – Oh so I miss leteran mak & rotan abah…

3 comments:

zubeq said...

saye bace dr awal... mmg dah agak, sure ade moral of the story nyer.

Note: Karangan en fadil tu dasat la... mcm kate2 pujangga. Novel2 melayu yg ade pon kalah...

Capri said...

Novel2 Melayu ye Zubeq???

Anonymous said...

Good day, sun shines!
There have been times of troubles when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright stupid person.
I have never thought that there weren't any need in large initial investment.
Nowadays, I'm happy and lucky , I begin take up real money.
It gets down to select a correct partner who uses your money in a right way - that is incorporate it in real deals, and shares the income with me.

You can ask, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...