Harga rokok naik lagi, katanya untuk mengurangkan orang merokok. Selepas itu harga gula pulak naik, katanya untuk mengurangkan tahap diabetes. GST dah nak dikenakan, katanya supaya kurang bergantung kepada subsidi. Yang herannya harga tol masih lagi dalam ‘proposal’, begitu juga dengan income tax, petrol dan beberapa items lagi yang rasanya patut juga turun.
Baru-baru ni aku bertembung dengan seorang tua di kaki lima sewaktu hendak membeli barangan keperluan rumah. Pakcik ni sah bukannya dari golongan orang-orang yang berada. Kulihat pakaiannya lusuh, berkasut selipar dan agak tidak terurus. Tapi yang machonya di tangan kiri beliau terselit sebatang rokok, sambil duduk bertenggong beliau menghembus dan menarik asap rokok tak putus-putus. Aku agak terpaku seketika menyaksikan pakcik ni sedang khayal dalam sedutan dan hembusan rokoknya, seolah-olah dia dalam ketenangan yang hakiki gitu. Adakah setenang itu juga beliau sewaktu menghulurkan note untuk membeli rokok? fikirku ..
Lama kelamaan aku jadi kasihan. Kesihan kerana pakcik yang agak serba kekurangan ini masih berani membahayakan dirinya dengan rokok. Berapa kotak sehari agaknya yang ’berjaya’ dihabiskan pakcik ni (melihat gaya beliau menghisap rokok dalam ketenangan tahap gaban) dan berapa banyak pulak ’note’ yang terpaksa dihulurkan untuk mendapatkan bekalan? ..... "Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja (dan mungkin juga orang tua macam pakcik tu) dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," kata Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan kita yang kontroversi tu. Tapi sebab dah jadi hamba kepada rokok, agaknya pakcik tu terpaksalah miss makan tengahhari ke malam ke untuk membeli rokok yang dah semakin mahal.
HAMBA ROKOK & CAPRI
Hamba rokok...itulah summary daripada penghayatan dan telahan dari masa yang aku habiskan pada pagi tu....
Tidak dinafikan aku juga pernah cuba-cuba berlagak macho membeli & menikmati rokok. Cuba-cuba menikmati rokok semenjak dengan budak-budak Sekili dulu, tapi tak berjaya sebab kononnya budak bola tak boleh merokok...Ok la terlepas waktu tu. Kemudian cuba-cuba pulak berlagak macho menikmati rokok masa balik ITM naik train Sinaran Malam dari Arau ke Ipoh. Tapi sebab tak dapat tackle awek tu...terus tak jadi merokok!
Even nama Capri pun datangnya dari jenama rokok yang paling mahal (dan yang paling tak sedap kata budak-budak Sekili) pada waktu itu. Capri tu hadiah ’perpisahan’ buat kawan-kawan sebab aku berjaya mendapat tempat di ITM Arau Julai 90an. Terus lekat nama capri tu sampailah sekarang ni...
Sekadar gambar hiasan
No comments:
Post a Comment