Dua tiga hari ni makin banyak terdengar dentuman bunyi mercun. Agaknya menandakan makin dekatnya Tahun Baru Cina. Pasti tahun baru ini disambut dengan ucapan-ucapan seperti “kong xi fatt choy” atau “silamat taun balu cina oo” atau bunyi “oooooo…” (sempena tahun lembu jantan). Namun ucapan dan dentuman yang kedengaran kali ini datangnya dari dua orang politikus Melayu yang melaungkan ungkapan-ungkapan keras seperti ’chauvinist’, diktator malah berotak komunis kepada Ketua Menteri (KM) Pulau Penang, Guan Eng.
YB DS Zahrain dalam kenyataannya di The Star bertarikh 29 Jan melebelkan Guan Eng sebagai “dictator, a chauvinist and communist-minded” yang gagal menepati janji-janji yang ditaburkan sewaktu memanifestasikan manifesto pilihanrayanya. Beliau juga menambah tindakan diktator Guan Eng (yang tidak boleh dinasihati) dan kegagalan kerajaan negeri dalam perlaksanaan tender terbuka, pilihanraya majlis berkuasa tempatan, kelembapan ekonomi dan ketidakfahaman KM dalam mentadbir Pulau Penang (mungkin dia merujuk kepada usaha merobohkan gerai-gerai Melayu) telah merubah situasi politik di Pulau Pinang khususnya dan pakatan pembangkang secara umumnya.
YB Zulkifli Noordin dalam blognya Zul4Kulim dan kenyataannya di New Straits Times 3-4 hari yang lepas juga melebelkan KM Pulau Pinang itu sebagai punca perkauman di Pulau Penang, malah mengatakan Pulau Pinang akan dijadikan sebagai Singapura yang baru oleh DAP. Next time aku postingkan satu article sebab2 aku setuju dengan pandangan YB Zul berkenaan Singapore ni...
NAGA NIAN

Mungkin YB Lim kenalah keluarkan Naga Nian (yang mengeluarkan bunyi lebih kuat) untuk menghalau, kalau tak memakan, manusia-manusia ’kerdil' ni khususnya di Pulau Penang. Takut-takut nanti manusia-manusia kerdil ni naik atas kepala pulak atau tinggal YM Tunku Abdul Aziz* je yang sorang yang tinggal menyokong DAP. Nampaknya tahun baru ini tak dapatlah diraikan yee sang bersama-sama ye??
(Baca http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6386359.asp “DAP parti untuk semua” : Tunku Abdul Aziz).
JANDA YANG DAHAGA*
Untuk mengurangkan tekanan YB YB ni aku ada satu cerita Raja Lawak nak share...
----------------
JANDA YANG DAHAGA*
Untuk mengurangkan tekanan YB YB ni aku ada satu cerita Raja Lawak nak share...
----------------
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga..........
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....

---------------
P/s – dah lama dah puak-puak ni tak ’rasuah’ aku dengan limo mandarin