June 26, 2011

BERSIH 2.0 aka Kotor 200.0

Aku pernah ke Metro Manila beberapa tahun lalu atas urusan pejabat. Hari pertama di sana kami diberitahu kotaraya Manila dianggap sebagai sebuah kota demonstrasi. Jangan silap sikit maka berdemolah warga-warga Manila ini. Daripada ketidakpuasan hati kepada kerajaan, demo kerana perasaan empathy kepada negara lain, demo bogel pelajar kerana kenaikan yuran pengajian dan sbgnya.

Masuk hari kedua demo betul-betul berlaku. Kali ini demo diadakan oleh pengusaha-pengusaha Jeepney sekitar Manila yang tidak berpuashati dengan peraturan baru kerajaan. Kami pada mulanya tidak dibenarkan untuk ke Univ of Santo Tomas tetapi driver MPV Royal Starex (huhu..hanya sebuah teksi di Manila) yang tersangat mahir dengan Metro Manila dan kawasan sekitarnya, kami berjaya sampai ke destinasi tanpa melalui kawasan demonstrasi.

Akibat kejadian demo yang sering terjadi di Metro Manila, kerajaan dan pendemo-pendemo khususnya pembangkang telah bersetuju setiap aktiviti demo ini dilakukan di sebuah tempat khusus, yang tidak menganggu urusan ekonomi sekitar Metro Manila. Namun begitu sambutannya tidaklah semeriah bilamana demo diadakan di kotaraya. Selepas beberapa demonstrasi, pendemo kembali semula ‘berpesta’ di kota-kota besar seperti ibunegara Manila dan pusat komersil Makati.


BERSIH 2.0

9 Julai satu lagi demo mahu diadakan di ibu kota Kuala Lumpur. Kalau BERSIH 1.0 berjaya membawa kekalahan kepada 5 negeri di Semenanjung, BERSIH 2.0 diharap dapat membawa pakatan pembangkang terus ke Putrajaya. Alasan BERSIH untuk membawa keadilan kepada sistem Pilihanraya di Malaysia jelas satu omongan kosong kerana niat sebenarnya hanyalah berasaskan politik. Itu semua orang tahu, hatta bebudak sekolah rendah pun boleh mengerti.

Impaknya terkesan. Industri pelancongan negara akan terjejas. Setahun dari sekarang akan ada yang berkata, lihat..Menteri Pelancongan Malaysia tidak reti buat kerja. Ranking Malaysia dari segi Human Rights akan merudum. Setahun lagi dari sekarang ada yang akan kata, lihat..Malaysia sama taraf dengan Libya, Syria yang mengamalkan kuku besi dan tidak pernah mengiktiraf hak-hak rakyatnya. Bila keseluruhan ekonomi merudum dan FDI tidak lagi mengalir ke Malaysia, setahun dari sekarang ada orang Manjoi yang akan kata Husni Hanadzlah patut undur dari menjadi Menteri Kewangan.

Bila Ambiga bersuara mengenai IFC (Suruhanjaya Antara Agama) semua menentang. Ambiga diam. Bila Ambiga bersuara tentang Lina Joy dan mempertikaikan hukum Syariah, semua angkat lengan. Ambiga juga terdiam. Tapi bila Ambiga twist and turn kata semua ini kononnya keadilan untuk rakyat, semua menyokong memAm-babibuta-ga. Ambiga akan hanya menjadi Ambiga kalau tidak ada orang-orang Melayu menyokong di belakang beliau. Untuk kali ini aku bersetuju dengan ulasan Ust Khazim Elias (al-hafiz) berkenaan konsep Ketuanan Melayu...



P/s – Bagi aku BERSIH 2.0 hanyalah kotor 200%


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...