Ada dua perkara yang boleh membuatkan tahap ketinggian BP (atau radiasi Fukushima) aku menurun. Pertamanya bilamana aku mengadap benda2 yang menyejukkan hati, quran, muka anak-anak aku, gambar arwah mak dsbgnya, atau yang keduanya teringatkan kisah2 lama. After a while baru aku faham, yang ada pada aku hanyalah cerita2 lama untuk membuatkan aku senyum semula menghadapi hari esok.
Ayat-ayat di atas takde kene mengena dengan tajuk..huhu.
Ada beberapa isu berkenaan tulen berlaku 2-3 hari ni. Pertamanya kisah telur plasu (fake egg) yang dijumpai di Pulau Pinang. Walaupun Menteri Kesihatan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa telur yang disangka palsu itu mempunyai tahap protein yang sama dengan telur yang keluar dari ayam, wife aku dah tak berani lagi beli telur daripada groceries store. Kalau yang dari Jusco, Tesco buleh katanya. Telur palsu itu diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk kalsium karbonat, kalsium klorida, gelatin dan beberapa campuran bahan kimia. Asalnya daripada China (teringat kes susu Melamine yang mengakibatkan lebih 53 ribu kanak-kanak China merana) dan telur palsu ini pembikinannya hanya memerlukan 0.55 Yuan sekilogram berbanding 5.6 Yuan/kg bagi telur asli.
Aku rasa yang berani buat benda bukan2 ni semuanya takde telor…
Ada satu lagi kes palsu dan tulen ni. Yang ini pulak memerlukan imaginasi dan ’kesungguhan’ yang tinggi untuk kita menilai ketulenannya. Dah lama tak tengok cite berwarna ni tapi untuk yang ini aku usahakan jugak. Dapatlah yang 1.47 saat punya tapi takpelah sebab bukan itu tujuan aku sebenarnya pun. Aku cuma nak memastikan keauthentication pelakunya. Setelah belek punya belek, in summary, kalau pun ada pelakon yang serupa, pelakon tu memanglah hebat sebab gaya, rupa cara senyum memang macam yang empunya diri. Tapi aku percaya innocent only until proven guilty. Lagipun memang banyak yang palsu di Malaysia ni.
P/s- Aku teringat cerita komedi 80an lakonan Salih Yaakob, Mr Os sama Ziela Jalil dengan tagline popularnya ”...Tulen bang....” huhu
2 comments:
en Capri...telur palsu bukannya telur "plasu"..hehe
Plasu bang...hehehe
Post a Comment