Cuti hari Keputeraan Sultan Perak ni aku menghabiskan masa memantau kontraktor rumah 267 menyiapkan kerja. Seperti yang aku jangkakan, banyak defect sini sana yang memerlukan perhatian. Kalau tidak dipantau you give money, gold sekali pun you’ll get monkey in return.
Dalam aku membelek surat khabar melihat senarai penerima-penerima Datukship daripada Sultan Perak, ada dua penerima yang menarik perhatian. Dua penerima dengan dua watak yang berbeza.
Cikgu Rauhi, as I knew him, was our Penolong Kanan HEP, sikit atas dari Cikgu Ayub guru disiplin kami. Cikgu Rauhi ni aku kenali dan aku ingati sebab selalu kena starlite a.k.a guna jari tengah letak kat dahi pastu gedebus, starlite satu. Pasti pening sekejap tengok bintang. Cikgu Rauhi ni tegas orangnya tetapi boleh dibuat kawan melawak. Kira tak la berapa takut sangat. Ada satu hari tu bila aku sama-sama dengan budak-budak sekili pergi pertandingan silat olahraga, dia rupanya wasit yang bertugas. Apalagi esoknya tengok muka dia pun tak berani. Hehe..wasit tu..sekali pelempang seminggu leh demam.
Lama rasanya tak dengar cerita Cikgu Rauhi, tau-tau dah dapat DPMP. Tahniah Datuk Cikegu Rauhi. Cikgu Rauhi ni tegas dan penuh dengan prinsip. Dalam ketegasannya dia berjaya membuatkan guru-guru dan para pelajar in a way tunduk kepada arahannya.
En Jamil Mat Kasa pulak sekarang ni bos besar Yayasan Perak. Rasanya baru lagi dia di position tu. Sebelum ke jawatan tersebut dia bagai digantung tak bertali. Agak lama Yayasan Perak tiada Pengurus Besar selepas Dr Saluddin. Agaknya tiada yang berkelayakan atau En Jamil dianggap tidak menepati ‘kriteria’ secara politiknya.
En Jamil terlibat semasa rundingan penjualan Sekolah Antarabangsa Ipoh (IIS) pada lewat 2004, satu initiatif Yayasan untuk keluar dari permasalahan kewangan dan cuba untuk fokus kepada ladang kelapa sawit di Sarawak & Indonesia. IIS pula yang ditubuhkan sekitar 1960an, pada masa itu memang sedang membangun. Pembangunan memerlukan dana dan Pengurusan Yayasan Perak melihat initiatif ini sebagai pembaziran, juga gagal melihat IIS muncul sebagai mercu pendidikan untuk menarik pelabur ke negeri ini. Aku yang juga eksekutif IIS pada masa itu mengambil jalan mudah keluar dari syarikat kerana tidak mahu bertuankan sebuah syarikat pemaju perumahan untuk menerajui IIS. Bagi aku syarikat pemaju perumahan tidak relevan langsung dengan pendidikan selain untuk menjana keuntungan daripadanya. Kurang dari setahun, ramai ibu bapa mengeluh dengan kenaikan yuran itu dan ini. Segala kemudahan yang dijanjikan sebelum pengambilalihan tidak ditunaikan. Aku cuma mampu tersenyum kerana semuanya sudah aku sedia maklum.
Dalam perkara ini bagi aku En Jamil telah gagal dalam membawa pembaharuan kepada Yayasan dan anak2 syarikat di bawahnya. At least bagi pendapat peribadi aku. Beliau kulihat kurang tegas, bergerak mengikut irama yang dimainkan kuat oleh ‘pemuzik’ yang kebanyakanya dari kalangan politikus dan beliau juga agak kurang berwawasan. Mungkin YAB MB memberikan jawatan tersebut kerana tahu beliau tidak akan lama menjawatnya.
Dua watak yang berbeza dari pandangan mata aku. Walaubagaimana pun tahniah atas DPMP, Yang Berusaha Datuk-datuk..
P/s – Dirgahayu Tuanku Sultan Perak..
No comments:
Post a Comment