April 13, 2011

Gudnite Dreams...

Mimpi sering mendatangi kita pada malam hari. Ada yang indah ada juga yang sebaliknya. Tapi tuhan maha mengetahui jadi dibangunkanNya kita setiap hari lalu diberikan kepada kita siang supaya dapat kita merealisasikan mimpi indah di malam hari.

Tapi siang esok dan untuk beberapa hari lagi aku masih mahu bermimpi. Jangan kejutkan aku kerana tiada apa yang hendak aku realisasikan. Mungkin aku perlukan ’pause’ yang sangat-sangat aku perlukan selama ini. Pause dari segala hiruk pikuk kerja yang tidak pernah ada batasannya, tidak pernah kurang timbunannya. Kejutkan saja aku minggu depan kerana walaupun minggu depan menjanjikan suasana hiruk pikuk itu, tapi aku pasti ianya penuh dengan kemanisan.

Siang tadi saja aku telah menanyakan soalan yang aku sendiri tiada upaya untuk berfikir A untuk jawapannya. Apatah lagi B, C dan seterusnya? Ahh, perlu saja aku lansungkan mimpi itu dan berharap aku akan mempunyai cukup tenaga untuk merealisasikannya bila fajar menyinsing. Aku perlukan tongkat, perlukan segala bantuan kerana aku tidak mampu untuk berdiri sendiri. Itu aku pasti...zzzzzzzzzzz (dah lolap dah..huhu)

Apa yang ko merapu ni Labu?...

Audit – starting Monday
Internal audit – dah dua hari start
TE – minutes and progress updates
AAC Mtg – to initiate kick off b4 they kick you out
;-) – 21hb huhu
Family Day – 23hb
Bowling – 24hb
Sabah – 25 – 27hb

Tu kan semua kerja bertimbun tu? :p~~~~

P/s - Lagu Perasaan Hati untukmu



1 comment:

Capri said...

Lagu yg arwah bapak selalu mainkan dolu-dolu...masa setinggan dolu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...