Pegawai Penguatkuasa (PP) : Kamu telah disabitkan dengan kesalahan rasuah di bawah seksyen 456, akta jenayah berat. Apa respon kamu? (dalam nada keras..)
Suspek (S) : Saya sumpah Cik, saya tak buat, saya clean cik (sambil mata mula berair)..
PP : (Sambil mengesat air mata S dengan tisu dan tone suara rendah)..ok..ok..jangan nangis ye...ce cite..ce cite apa kesnya ni?
S : Sungguh Cik saya tak buat keje-keje tu. Jangan bagi saya bersedih cik, saya ni sensitif tahap sentimental nasyid ni cik..
PP : (Mengarahkan semua pintu dan tingkap ditutup)..Maaf la tuan. Saya tak marah...sikit pun tak marah tuan...saya main2 je tuan...Jangan marah saya tuan, kita kawan kan? kan? kan?
S : Cemana saya tak marah? Saya kata tak buat tak buat la...itu pun susah sangat nak paham ke? Saya lapar ni, belikan saya telur setengah masak 2 bijik..
PP : Ok la..ok la...Tuan jangan marah ye. Jangankan telur setengah masak, kepala gajah pun kalau tuan nak saya boleh belikan. Shhh! Jangan kasitau bos saya, brapa RM tuan mau, saya rasuah tuan ni.....
(Excerpt from spRM$ report 2 tahun lagi)
--------------------------
Kes Sarbani: Dua pegawai SPRM ditahan kerja
The Malaysian Insider
By: G Manimaran
Kes Sarbani: Dua pegawai SPRM ditahan kerja
The Malaysian Insider
By: G Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggantung tugas seorang kakitangannya yang membiarkan pegawai Kastam berada seorang diri sebelum dia ditemui mati pagi semalam. Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.
The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua mereka ditahan kerja berkuat kuasa hari ini. “Proses tahan kerja ini adalah bagi membantu melicinkan penyiasatan dalaman berhubung perkara ini dan tindakan tahan kerja ini juga adalah sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan. “Tindakan tahan kerja tersebut dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi maksud penyiasatan,” kata SPRM dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM. Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.
P/s - Tubuhkan Siasatan DirajaManimaran.....
No comments:
Post a Comment