December 08, 2009

Teater


Ada dua perkara dalam minggu ni yang bugging me a lot! Pertamanya bila adik aku nak menonton teater. Mungkin teater Natrah yang hangat diperkatakan sekarang, tapi persoalannya sejak bila pulak adik aku ni (ex instructor di Outward Bound School) minat pada teater? Yang keduanya bila DJ radio mempromosikan teater Natrah. Katanya “saksikanlah kehebatan cinta Natrah & Mansor Adabi di teater Natrah yang akan diadakan….”. Timbul persoalan kedua, patutkah kita melihat perjuangan dan pengorbanan Natrah dari sudut percintaan? atau ugama? Adakah generasi sekarang sudah dibutakan dengan perspektif sebenar perjuangan itu?

MY NAME IS NADRAH NOT BERTHA

Nadrah (Natrah) Maarof atau nama asalnya Bertha Hertogh, seorang warga Belanda yang dilahirkan pada 1937. Pada usia beliau sekitar 5 tahun Natrah telah diberikan oleh ibunya kepada keluarga Melayu bernama Che Aminah Mohamad (walaupun version Adrienne, ibu biology Natrah mengatakan beliau memberikan Natrah kepada Che Aminah untuk dijaga 4-5 hari sahaja sebelum Natrah dilarikan ke Terengganu) disebabkan keadaan peperangan pada waktu itu. Semenjak itu Natrah telah dididik dengan ajaran agama Islam & budaya Melayu. Namun setelah bapa Natrah, Sarjan Petrus Hertogh dibebaskan dari tahanan Jepun beliau menuntut kembali Natrah daripada keluarga Che Aminah.

Akibat kekalutan itu, Che Aminah telah menjodohkan Natrah, yang ketika itu berumur lingkungan 13 tahun dengan seorang guru bernama Mansor Adabi di Singapura. Berita perkahwinan itu telah menjadi tajuk utama berita kerana undang-undang Belanda tidak membenarkan perkahwinan bawah umur. Akhirnya perkahwinan itu terbatal dan Natrah telah dikembalikan kepada Hertogh dan dibawa pulang ke Belanda.

Beberapa sebab kekalahan peguam di pihak Che Aminah di antaranya disebabkan pernikahan bawah umur, pernikahan dilakukan di Singapura yang mengamalkan undang-undang British sepenuhnya dan bukan di Tanah Melayu, Natrah belum hamil pada ketika itu, gagalnya Che Aminah mengemukakan surat penyerahan Natrah kepada keluarganya dan liputan yang sangat meluas oleh media-media Singapura & belanda.

Ketika di Belanda Natrah yang masih remaja dimurtadkan sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.


Natrah diberitakan pernah menahan diri dari lapar dan dahaga kerana dipaksa untuk menukarkan agamanya kembali kepada agama asal selain dipukul, dibiarkan di biara Roman Catholic convent dan dibrainwash berhari-hari sewaktu di Belanda.

PENGORBANAN

Dua perjuangan besar daripada peristiwa yang menyayat hati ini. Pertamanya kisah perjuangan dan pengorbanan rakyat Tanah Melayu di Singapura pada ketika itu. Tidak sia-sia kematian 18 orang penunjuk perasaan itu kerana ianya menjadi ‘benchmark’ kepada kekuatan umat Islam dalam menentang penginayaan & penghinaan agamanya.

Keduanya perjuangan dan pengorbanan Natrah sendiri dalam mempertahankan ugamanya walaupun diasak dan ditekan untuk menukar akidahnya kepada agama asal ibubapanya. Walaupun beliau tewas disebabkan mungkin faktor usia dan persekitaran (jauh dari Che Aminah & Mansor Adabi), tapi perjuangan dan pengorbanan Natrah tidak boleh dipandang sepi.

Namun disebalik sejarah yang penuh hitam putih itu generasi sekarang melihat perjuangan dan pengorbanan itu tidak lebih dari kisah cinta yang menyayat hati di antara Natrah & Mansor Adabi. Agaknya itulah sebabnya kisah-kisah Lina Joy, Aishah Bokhari kurang mendapat sambutan. Kalau pun ada hanya segelintir yang berani tampil ke hadapan. Ramai yang pandai bercerita di kedai-kedai kopi sahaja apatah lagi mengorbankan diri seperti kejadian rusuhan yang berlaku pada 12 Disember 1950 yang lalu. Sanggupkah kita merusuh sehingga menyebabkan Malaysia diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam? Perlu diingat artikel 11 Perlembagaan Persekutuan mungkin tidak dapat bertahan lama membela nasib anak-anak Islam...

Mungkin ada yang kata itu semua kerajaan dan agensi-agensinya yang berkaitan yang sepatutnya bertanggungjawab. Aku kata tuhan akan tanya setiap individu apa yang telah dilakukannya di dunia ini setelah diberikan segala kekuatan dan akal fikiran untuk menilai yang mana benar & yang mana salah.

Nadrah Maarof meninggal dunia pada 09 Julai 2009.


1 comment:

ipohmom said...

Natrah's story memang menyayat hati. Kalau betul lah teater tu lebih fokus kepada kisah cintanya dengan Mansor, nampaknya orang Islam masih bermimpi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...