December 15, 2009

Kahwin


Kahwin! Syok oo..
Tanggungjawab? Ko rasalah nanti..

Jangan takut. Itu cuma retorik perkahwinan. Yang pentingnya perkahwinan merupakan satu lagi platform & pathway untuk kebahagiaan duniawi & ukhrawi, sekiranya dijalani dengan jalan yang betul.

Bagi yang belum memilih, Rasulullah telah menggariskan beberapa panduan memilih bakal isteri. Sentiasalah mengutamakan agamanya selain hartanya, kecantikan & keturunannya. Tapi cuba juga singkap maksud ’harta’ & ’cantik’ dengan lebih tepat...

Bercakap tentang agama sebagai garis panduan yang utama, pernah Imam Nawawi mengucapkan kepada isterinya: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”.

Bagi memilih suami yang baik, cara yang paling afdal adalah dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya. Buat semua muslimat, kenalilah latar belakang bakal suami anda dahulu, pandang dengan iman, tidak pada nafsu harta dan kekayaan.

Barang diingat, satu tugas kehidupan yang amat-amat mencabar akan bermula sebaik sahaja rumah tangga mula didirikan. Persediaan yang lengkap dari segi rohaniah iaitu jiwa, ilmu & ’skill’ are essential sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabaran itu akan menjadi semakin sukar & hebat setelah menerima kedatangan anggota keluarga yang baru. Kalau dah empat tu paham-paham jelah...

Apa yang penting (kerjasama?) pada permulaan perkahwinan utamakan dua perkara ni. Carilah titik persamaan dan buanglah ego masing-masing. Macammana cara nak buat jangan tanya, pandai-pandailah sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang alam perkahwinan ni dicadangkan pergilah berguru dengan Dr Fadzilailitamplum.

Apa-apa pun tahniah kepada sedara mara rakan dan taulan yang akan ke gerbang perkahwinan especially dalam bulan-bulan cuti sekolah ni. Tahniah juga kepada sahabat ku Khalid yang telah ’selamat’ pada 12hb lalu & kepada Puteh & Nana pada 25hb nanti. Kepada Khalid...

”Led, oden nak koba kat ekau ni.... Ekau walaupun kawin dongan orang Nogori jangan sekali-kali masuk ’suku’. Rugi jo buek konduri bosa-bosa tujuh ari tujuh malam tapi dapeknyo masuk ’suku’ jo..Ko kono sosah Led, jangan kasik can....tu nasihek borguna tu...hehehe”

Kepada yang masih belum berpeluang ke alam perkahwinan, maka Tuhan lebih mengetahui. Kepada Zamani & sesiapa yang teringin & berhajat untuk yang kesekian kalinya....mmm?


2 comments:

ipohmom said...

Dil, it always takes two to tango. Selamat berbahagia selamanya... :)

Mohd said...

ahaha hampeh... anyway tq for the kind wish... happy new year n semoga hang terus bekhidmat dgn cemerlang dalam team TP implementation yang akan menjelang tiba... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...