Mengorbankan lembu tadi menuntut kita bekerjasama dan tolong menolong daripada mula mengikat, menjatuhkan, memegang hinggalah melapah & sebagainya. Cuba bayangkan kalau kerja mengorbankan lembu ni tadi hanya dilakukan oleh seorang individu. Silap haribulan lembu tu yang mengorbankan manusia. Di masjid tempat aku bermastautin ni 5 ekor lembu tumbang. Habis saja sembahyang Sunat Aidiladha semua petugas memulakan proses. Dalam pukul 11 pagi settle semuanya. Hebat sikap gotong-royong orang-orang kawasan ni.
Cumanya timbul persoalan kenapa disetengah tempat tu (dekat Congo sana la tapi!) bila habis je melapah, time nak bahagi-bahagikan daging ada yang agihkan pada kaum sebelah sini je. Yang sana tu tak boleh sebab bendera lain. Kenapa la bila bab-bab aktiviti ni semua boleh bekerjasama tapi bila time nak mengaplikasikan konsep korban ni, penghayatan pocik...boleh pulak pilih-pilih?
Macammana la bangsa dan agama nak maju kalau pasal politik langsung tak boleh nak kerjasama? Orang bukan Islam (sebahagian juga yang Islam) memandang dari luar seolah-olah Islam ni ada banyak versi bergantung kepada penilaian politik masing-masing. Kalau lembu tadi sanggup ‘mengorbankan’ dirinya untuk manusia bekerjasama, saling membantu, kenapa susah sangat manusia ni nak mengorbankan ego masing-masing dan duduk berbincang demi kepentingan bangsa dan ugama?
Anyway, kesian pulak aku dengan YB Khalid. Mula-mula cerita pasal kepala lembu. Pastu nak sedekah lembu korban pun silap-silap kena masuk keluar court. Betul-betul ‘lembu’ la diaorang tu...
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Dengan itu, sembahyanglah kerana Tuhan-mu semata-mata dan sembelihlah korbanmu." (Surah Al-Kausar, ayat 1-2)
P/s tulisan di atas dibuat lepas kena marah dengan bos. Of all the good achievements that you have done on the day before, he chooses to act against the tiny little thing that you did wrong (the next day).
No comments:
Post a Comment