Singapura & Manila telah bersiap sedia untuk menyerang Malaysia. Bila-bila masa saja kekuatan tentera darat, udara & laut akan melancarkan serangan pertama ke atas kekuatan ketenteraan negara. Namun menurut kata Ketua Angkatan Tentera Malaysia, semuanya tidak perlu dikhuatirkan kerana sesungguhnya negara mempunyai kekuatan ketenteraan yang ternyata lebih baik berbanding kedua-dua negara musuh itu. Lihat saja pada jet pejuang, penggempur & pengebom MiG29N, F/A-18D Hornet, Tiger II semuanya hebat-hebat belaka. Tatkala jet-jet ini mahu berlepas…
Negara dikejutkan dengan berita kehilangan 2 enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini, walaupun diberitakan kehilangan tersebut sebenarnya berlaku sejak sekitar 2007. general-general dan pegawai-pegawai TUDM yang ‘terlibat’ (setakat ini didefinasikan sebagai kecuaian) juga telah diarahkan untuk bersara awal. Seingat aku ini merupakan kali kedua dalam tahun ini perkara besar terjadi kepada angkatan tentera kita. Pertama kejadian kebakaran kapal Sri Inderapura TUDM pada 8 Ogos lalu dan keduanya berita kehilangan enjin pesawat TUDM ini. Persoalannya mengapa angkatan tentera yang dianggap profession paling berdisiplin, penuh dengan tatacara lengkap, kawalan yang super ketat, namun perkara-perkara seperti ini masih boleh terjadi?
Negara dikejutkan dengan berita kehilangan 2 enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini, walaupun diberitakan kehilangan tersebut sebenarnya berlaku sejak sekitar 2007. general-general dan pegawai-pegawai TUDM yang ‘terlibat’ (setakat ini didefinasikan sebagai kecuaian) juga telah diarahkan untuk bersara awal. Seingat aku ini merupakan kali kedua dalam tahun ini perkara besar terjadi kepada angkatan tentera kita. Pertama kejadian kebakaran kapal Sri Inderapura TUDM pada 8 Ogos lalu dan keduanya berita kehilangan enjin pesawat TUDM ini. Persoalannya mengapa angkatan tentera yang dianggap profession paling berdisiplin, penuh dengan tatacara lengkap, kawalan yang super ketat, namun perkara-perkara seperti ini masih boleh terjadi?
COVER UP
Persoalan pertama kenapa isu ini hanya diketengahkan setelah 2 tahun berlalu tanpa dapat di’tangkap’ oleh Jabatan Audit Negara pada sesi audit 2007 & 2008? Yang terlintas difikiran mungkin MP atau Military Police ada menjalankan siasatan tapi kerana terdapatnya limitation in terms of international networking (diberitakan juga kedua-dua enjin tersebut telah dijumpai di Argentina untuk pasaran gelap) bantuan PDRM were sought after. Akhirnya wartawan NST berjaya membongkar cerita sensasi ini dan a highly confidential issues are no more applicable.
Mungkin ada benarnya juga perkara ini di’cover up’ dan tidak dibincangkan secara terbuka kerana sekiranya negara-negara musuh mengetahui kelemahan ketenteraan, ada kemungkinan Malaysia berada di dalam keadaan yang kurang stabil. Ianya juga dapat menghindarkan angkatan bersenjata daripada mengalami sindrom ‘low morality’ atau kurang bersemangat, disamping menjaga maruah ATM.
Ataukah PRU 12 tidak memungkinkan berita sensasi ini diketengahkan pada waktu itu?
RM50 JUTA?
Diberitakan juga harga enjin bagi kedua-dua enjin tersebut mencecah RM100 juta (dengan setiap satunya berharga RM50 juta) walaupun enjin F5E itu telah digunapakai selama lebih 30 tahun (sejak 1974). I’m quite sure nilai semasa enjin sebuah jet tempur F5E kurang daripada RM50 juta sebuah. Maka persoalan seterusnya adakah enjin jet sahaja yang dicuri, ataupun lebih daripada itu? Sekiranya enjin jet (lengkap dengan ‘after burner’ sistem turbo) yang memerlukan logistik sebuah treler berjaya melepasi sempadan negara, bayangkan asset-aset ketenteraan yang lebih kecil daripada itu.
Kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar (sekarang dari dalam) terutama pintu keluar masuk sempadan negara telah menjadi kenyataan. Maka sekarang terpulanglah kepada Najib untuk memperbetulkan persepsi dan anggapan negatif rakyat. Ingat PRU 13 tak jauh lagi..
MRO
Operasi perkhidmatan penyelenggaraan pesawat-pesawat & aset-aset TUDM yang lebih dikenali sebagai MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) setakat ini dijalankan oleh Airod Sdn Bhd. Persoalannya kenapa ATM atau TUDM memerlukan kepakaran luar untuk menyelenggarakan aset-aset sensitifnya? (walaupun Airod adalah syarikat berkepentingan kerajaan). Kenapa tiada capacity development di dalam organisasi TUDM itu sendiri? Umum maklum sub contracting works memungkinkan ketirisan maklumat sensitif pertahanan negara sehinggalah kepada masalah kecurian aset-aset ketenteraan.
Atau mungkin sub contracting memudahkan urusan rasuah dijalankan?
PUBLIC CONFIDENCE
Politically, menyembunyikan fakta berkenaan kecurian tersebut selama 2 tahun memberikan impak yang agak negatif kepada kerajaan. Keyakinan rakyat (juga masyarakat antarabangsa) kepada ketelusan dan integriti kerajaan khususnya ATM sewajarnya menjadi lemah. National image dan Indeks Persepsi Rasuah negara pastinya merudum bagi cycle tahunan 2010 nanti (di kedudukan ke 56 kini).
JAWAB
Kerajaan Amerika Syarikat sebagai the original manufacturer pasti tidak berpuas hati dengan kes kecurian tersebut kerana sekiranya enjin pesawat tempur itu jatuh ke tangan negara yang menjadi musuh (Venezuela, Iran etc) atau rangkaian keganasan (Al Qaeda, Taliban etc) sesuatu yang buruk boleh berlaku. Diberitakan kerajaan melalui Duta Besarnya Datuk JJ telah pun mengemukakan laporan penuh kejadian tersebut kepada kerajaan Obama baru-baru ini.
Aku juga ingin mengetahui apakah kesudahan cerita ini? Adakah general-general ini akan dikambinghitamkan (kill the wolf… not the sheep, please!)? Suruhanjaya keberkesanan ditubuhkan sepertimana yang berlaku kepada BPR? Mungkin juga kes ini akan masuk bakul sampah saja untuk memberi laluan kepada kes-kes lebih besar seperti PKFZ, cost overrun Trek Berkembar ataupun isu Arifffahmi.
Malang sekali kita berhadapan dengan penyakit rasuah ini…
No comments:
Post a Comment