RUMAH ALLAH
Lewat 2004 aku berpeluang pertama kali menjejakkan kaki ke Medan, Indonesia. Negara dengan penduduk Islam paling ramai itu telah lama mengamalkan dasar demokrasi agama. Selang 10 minit perjalanan menyusuri bandar Medan kita akan dapat menyaksikan banyaknya ’Rumah Allah’ di kiri kanan jalan samada di shoplot-shoplot atau rumah-rumah kecil. Rumah Allah ini tentunya bukan surau atau masjid tapi rumah-rumah ibadat penganut agama Kristian yang sebahagian besarnya rakyat Indonesia originally berbangsa Cina. Bangsa Cina Indonesia ini mendominasi ekonomi Indonesia sejak sekian lama maka agak mudah bagi mereka mendirikan rumah-rumah ibadat berbanding surau mahupun masjid. Ada masjid besar di sana tapi ianya diselenggarakan oleh kerajaan.
Sebagai pelancong aku agak confuse dengan banyaknya ’Rumah Allah’ ini dan aku terfikir sekiranya anak-anak Indonesia ini tidak diberikan pendidikan agama yang jitu, tentu mudah untuk pihak-pihak tertentu memesongkan akidah mereka. Melihat anak-anak yang tidak berbaju, membawa adik kecik di belakang sambil meminta-minta belas ehsan pemandu dijalanan menguatkan lagi tekaanku bahawa pemesongan akidah tentunya amat mudah di sana. Itu belum lagi dakwah Kristian di televisyen lewat malam, dalam bahasa ibunda pulak tu...
Aku kata penggunaan kalimah Allah HANYA SATU AGENDA TERSEMBUNYI KRISTIAN utk mendakyahkan agama Kristian kpd umat Islam.
GOD FATHER
Aku pernah berkelana di negara Obama selama 2 tahun. Walaupun to some 2 tahun tu tak lama tapi cukup untuk mengajar aku erti demokrasi sebenar, racism, juga dakyah Kristianiti. Tapi yang aku paling heran tu tak pernah pulak Kristian di sana gunakan perkataan Allah dalam gereja-gereja mereka, konvensyen-konvensyen mereka mahupun majalah-majalah keagamaan. Sebabnya mudah...mereka juga tidak mahu penganut ajaran Kristian di sana terpesong dengan andaian Allah yang dibawa oleh Nabi SAW sama dengan god father konsep trinity mereka.
So kalau di Amerika mereka tidak menggunakan nama Allah, kenapa pulak Gereja Katholik Malaysia mahukan nama suci itu digunapakai di sini?
Aku confirm kata penggunaan kalimah Allah HANYA SATU AGENDA TERSEMBUNYI KRISTIAN utk mendakyahkan agama Kristian kpd umat Islam.
TERBUKA
Mungkin ada kalangan umat Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan pandangan di atas sebabnya ada yang mengamalkan sikap terlalu terbuka, ada juga yang beranggapan ini isu kecil. Aku membenarkan dakwaan Ketua Paderi, TAN SRI Murphy Pakiam bahawa perkataan Allah itu telah digunakan oleh penganut Kristian sejak beratus tahun dulu (Old Testamen la kot? Bukan Injil yang telah diubahsuai ikut kepentingan manusia macam sekarang ni). Tapi isunya bukan lama mana perkataan itu digunapakai...isunya adalah kekeliruan yang akan timbul nanti. Kekeliruan yang memungkinkan terpesongnya akidah anak-anak generasi yang akan datang. Buka minda tanya pada diri sendiri adakah anak-anak kita waktu ini mampu menangani kekeliruan yang sedemikian, anak-anak kita yang kaki merempit, pendominasi pusat-pusat Serenti dan sebagainya. Bagaimana pula anak-anak cucu cicit kita nanti???
KDN buatlah sesuatu (itu pun kalau Hisham berani angkat keris lagi la) umpamanya pinda perlembagaan persekutuan. Tengok nanti YB mana yang membantah siapa pula yang menyokong. Afterall ini kan negara Islam!
Raja-raja Melayu gunakanlah kuasa yang ada. Takkanlah Bee Lan lebih berkuasa daripada Tuanku-tuanku dalam urusan agama Islam itu sendiri. Patik-patik rakyat yang hina ini memohon kebijaksanaan Tuanku-tuanku.
P/s
- Ada baiknya kita ramai-ramai ke Masjid Wilayah esok (selepas solat Jumaat) menyuarakan bantahan penggunaan kalimah suci ini (Lepas tu banyaklah youtube mengata umat Islam Malaysia mengamalkan peninayaan agama)
- Ada baiknya juga TG Nik Aziz menarik balik “Allah for All” untuk permasalahan ini… (New Straits Times, March 2nd, 2009 : Nik Aziz: `Allah' is for all, Edition: Main/Lifestyle, Section: Main Section)
- Mula-mula Herald Weekly. Lepas itu segala dakwah pada gereja, banner, majalah-majalah lain akan menggunapakai kalimah Allah ini. Berita yang diterima ada banner dengan kalimah Allah telah digunakan oleh Gereja Besar di Silibin baru-baru ini. Hebat diorang yob!!