Maka hari ini 8 Oktober 2009 terganyanglah Malaysia. Itu teriak Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), barisan bertindak rakyat Indonesia keatas ‘keceluparan’ Malaysia yang kononnya mencuri kebudayaan mereka, menghina kedaulatan mereka dan sebagainya. Hari ini juga disebut sebagai “the day when they will avenge all the wrongs committed against Indonesia”. Menurut Tempo interaktif isu hari ini, seperti yang didakwa oleh aktivis Bendera, Adian Napitupulu seramai 1500 sukarelawan (mungkin sudah siap dengan pedang samurai & ‘black magic’ barangkali) telah menyusup masuk melalui pelabuhan Tanjung Perak Surabaya menuju beberapa titik perbatasan amnya di Sabah & Sarawak. Namun lokasi khususnya adalah dirahsiakan.
Bendera sebelum ini bertindak melakukan aksi ‘sweeping Malaysian’ di jalan Deponegoro, Jakarta Pusat yang melibatkan puluhan sukarelawan bersenjatakan buluh runcing. Tindakan ini adalah susulan daripada ketidakpuasan hati segelintir rakyat Indonesia keatas beberapa isu antara kedua-dua negara berjiran antaranya: -
i. Kontroversi yang menyelubungi promosi kebudayaan Malaysia yang dibuat oleh Discovery Channel yang memaparkan tarian pendet Bali
ii. Isu makanan Padang dan batik (Batik Indonesia telah dipersetujui oleh UNESCO sebagai warisan budaya tak benda Indonesia)
iii. Originaliti lagu ‘Terang Bulan’ sebagai lagu kebangsaan Malaysia
iv. Isu kedaulatan Pulau Ambalat sejak Mac 2005, kelangsungan dari kemarahan atas isu pulat Ligitan & Sipadan.
v. Isu terpencil Manohara Odelia Pinot
vi. Noordin Mat Top
vii. Isu Tenaga Kerja Indonesia (TKA) yang seperti tiada penghujungnya.
viii. Juga isu-isu semasa yang lain (kecuali Siti Nurhaliza)
Walaubagaimanapun ancaman ini tidaklah dianggap serius oleh pemerintah kedua-dua negara. Teuku Faizasyah, jurucakap kepada Kementerian Luar Indonesia mengatakan isu ganyang 8 Oktober ini adalah cakap-cakap kosong dan ianya tidak menggambarkan sikap masyarakat Indonesia keseluruhannya.
Ulasan
a) Matematiknya sukarelawan Bendera sekitar 200 – 300 orang (yang berdemonstrasi) hanyalah kira-kira sekelumit daripada jumlah keseluruhan penduduk Indonesia yang berjumlah sekitar 230 juta itu. Jumlah itu sama seperti 20 – 30 orang berdemonstrasi di Malaysia (Malingsial seperti disebut di forum2). Mungkin pemberita Nanyang Siang Pau saja yang sanggup datang....
b) Demonstrasi ala buluh runcing dan baling telur adalah asas kepada kebebasan berdemokrasi seperti yang didefinasikan oleh pemerintah Indonesia. Duta Indonesia ke Malaysia dalam komentarnya berkenaan perkara diatas mengesahkan.
c) Namun sila jengah2 ke blog, forum, media massa malah kejadian yang menimpa C130 Hercules ketika mendarat di Padang tempohari. Seolah2nya sebahagian besar rakyat Indonesia juga bersetuju bahawa Malaysia adalah negara yang patut diganyangi.
d) Sekiranya benar akan terjadi konfrontasi kali kedua sehingga melarat kepada persengketaan peperangan, adakah kedua2 negara mampu menanganinya? Siapa pula yang akan ketawa? Perang sesuatu yang amat merugikan, kecuali kalo Bendera ingat main perang2 macam masa kecik2 dulu di kampung!! (tanpa perang juga boleh kehilangan Timor Leste gitu...) Mari kita lihat perbandingan kekuatan militer kedua-dua negara: -

Kekuatan Militer Indonesia
Askar bersenjata 800,000
Askar tentera udara 21,000
Askar tentera laut 43,000
Import senjata konvensional US$85 mill
Belanjawan ketenteraan US$1.3 trill
Askar bersenjata 800,000
Askar tentera udara 21,000
Askar tentera laut 43,000
Import senjata konvensional US$85 mill
Belanjawan ketenteraan US$1.3 trill
Kekuatan Militer Malaysia
Askar bersenjata 150,000
Askar tentera udara 12,500
Askar tentera laut 12,500
Import senjata konvensional US$277 mill
Belanjawan ketenteraan US1.69 trill (2.03% of GDP)
Analisis Darat
Askar bersenjata 150,000
Askar tentera udara 12,500
Askar tentera laut 12,500
Import senjata konvensional US$277 mill
Belanjawan ketenteraan US1.69 trill (2.03% of GDP)
Analisis Darat
Kekuatan askar bersenjata Indonesia jelas meninggalkan jauh kekuatan tentera Malaysia. Walaubagaimanapun, kekuatan askar bersenjata perlu juga dilihat dari segi penggunaan persenjataan (hardware) & teknik dan taktikal peperangan (software).
Analisis Laut
Malaysia memiliki 2 buat friget Yarrow L2000 kelas Lekiu (selain daripada NGPV dan Corvette) yang agak baru berbanding dengan peralatan Tentera Laut Indonesia yang mempunyai 6 kelas FFGHM friget. Malaysia juga dikatakan akan mendapatkan teknologi baru UK Type 45 (T45) friget pemusnah dalam masa yang terdekat selain 2 buah scorpene berteknologi terbaru. Menurut Asian Defence Journal, hanya kapal selam kelas Collins Tentera Australia sahaja yang dapat mengimbangi kemajuan teknologi KD Tunku Abdul Rahman pada masa ini.
Analisis Udara
18 Sukhoi MK30M (pesawat perang tempur terbaik selepas Raptor F-22) & 14 MIG 29N serta beberapa pesawat tempur dari jenis F5E dan Hawk mendahului Indonesia dari kekuatan udara (selain dari 18 unit F/A 18D sebagai jet penyerang). Indonesia masih menggunakan Su-27 & 30 walaupun ada ura-ura untuk mendapatkan F18. Menurut Asian Defence Journal, RMAF MIG-29N pernah mengalahkan F16 dari RSAF dan F18 Tentera Undara Australia dalam eksersais kombat udara.
Analisis Strategik
Perjanjian pertahanan lima negara Malaysia, New Zealand, Singapura, Australia dan Britain (FPDA) 1971 merupakan kesepakatan lima negara untuk bekerjasama dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman.
Dakyah
Kepada rakyat Indonesia jangan terpedaya dengan dakyah2 seperti ini. Masih ingatkah lagi tuan-tuan dengan konfrontasi 1963, Soekarno & gerakan berhaluan kiri PKI? Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia namun pada Ogos tahun yang sama enam belas ejen bersenjata Indonesia yang ditangkap menyatakan mereka telah diberitahu bahawa kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah untuk mempertahankan penduduk Tanah Melayu daripada pemerintahan yang zalim, satu kenyataan yang tidak tepat sama sekali. Namun pembohongan demi pembohongan khususnya di media massa amat terkesan sehinggalah konfrontasi yang berlarutan selama 2 tahun itu ditenggelamkan oleh Jeneral Suharto, pasca rampasan kuasa.
Namun saya percaya masih ada juga rakyat Indonesia yang berfikiran rasional. Pokoknya kembalilah kepada Islam. Bukankah ianya cara hidup? Segala permasalahan pasti akan dapat diselesaikan inikah pula hubungan adik abang serumpun. Suka saya menyusulkan link fb Sejahtera Umat Indonesia-Malaysia diselenggara oleh N.A Setiawan: -
pada hakikatnya tidak ada masalah klaim budaya yang serius berlaku antara rakyat kedua negara. Gejala memarakkan rasa benci antara dua rumpun bersaudara bertitik-tolak dari kekeliruan memahami sosio-kultural masing-masing bahkan tidak mustahil dari oknum yang tidak menyenangi keakraban dua bangsa serumpun ini.
Sejarah kedua bangsa yang asalnya satu ini menyebabkan perwarisan banyak produk budaya yang serupa secara turun-temurun sejak beratus-ratus tahun sebelum kelahiran batas geo-politik Indonesia-Malaysia.
Pertindihan tuntutan/klaim wilayah yang antara kedua-dua negara adalah kewajiban pemerintah masing-masing yang mesti diselesaikan secara bijaksana tanpa konfrontasi fizikal.
Kepentingan ukhuwwah umat di kedua wilayah geografis ini tidak ada sempadan hukum yang menghalanginya bahkan harus didahulukan.
Sesama umat Islam saling berbagi kebaikan antara umat di kedua-dua negara harus diutamakan bahkan seharusnya berbangga jika produk budaya yang sesuai syariat diterima keberadaannya di luar sempadan masing.
Sesama umat Islam tidak ada kepentingan untuk mempertahankan produk budaya yang tidak sesuai syariat.
Jika kedua bangsa Indonesia-Malaysia memperkukuhkan persaudaraan, umat Nusantara yang ada di dalam sempadan Thai, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar bahkan China serta lain-lainya akan mendapat manfaatnya sesuai dengan 'rahmatan lil 'alamin'
Agenda menanamkan kebencian mesti dihentikan dengan mempertingkatkan kefahaman ttg perbedaan/perbezaan masing-masing, bertasamuh menerima perbedaan itu dan bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
"Tolong menolonglah atas kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong atas dosa dan permusuhan" (Al Maidah, 2)
Bagi rakyat Malaysia pula janganlah terlalu cepat melatah dengan provokasi-provokasi ini namun jangan pula ambil mudah. Bak kata pepatah menang sorak kampung boleh tergadai oo!. Tapi kalau dulu-dulu anak jiran bergaduh tuduh menuduh, emak bapak piat je telinga.
Akhir sekali, saya tinggalkan anda dengan sajak Usman Awang keluaran 1970, bertajuk Salam Benua...
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapangs
audara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Ref:
i. http://www.carigold.com/
ii. http://en.wikipedia.org
iii. http://www.facebook.com/group.php?gid=165325360361&ref=share
iv. http://users.qld.chariot.net.au/~dialabull/Indonesia-Malaysia%20Confrontation.htm
v. Asian Defence Journal; IISS (International Institute for Strategic Studies). 2001. The Military Balance 2001-2002. Oxford: Oxford University Press; CIA World Factbooks 18 December 2003 to 18 December 2008; Energy Information Administration, US Department of Energy;
vi. Blog2 dan pemahaman individual

2 comments:
Kalau di Malaysia kita diajak bersama-sama bersatu di bawah 1Malaysia. Alangkah baiknya jika slogan ini juga diluaskan skopnya antara Malaysia dan Indonesia menjadi 1Rumpun. Alangkah kuatnya kita kalau bersatu. Sudah pasti masing2 mendapat manfaat yang mana Malaysia sudah pasti menurunkan ilmunya dari segi teknologi manakala Indonesia dapat menyumbang dari segi lain.
Walaubagaimanapun secara realitinya perkara ini sgt susah untuk direalisasikan kerana, jika dilihat, Malaysia dan Indonesia sendiri mempunyai masalah masyarakat di dalam negara masing2. Malah di Malaysia, Melayu sendiri tidak bersatu, jadi kesimpulannya, sebelum kita cuba menyatukan kumpulan yang besar, satukan dulu kumpulan yang berpecah di dalam rumah sendiri dan pada waktu itu baru kita bersedia untuk menyatukan saudara serumpun ini.
Good comments
Anonymous said...
"Kalau di Malaysia kita diajak bersama-sama bersatu...."
Post a Comment