October 07, 2009

Melayu Part 1


Gugusan kepulauan Melayu yang juga dikenali sebagai “Malay Archipelago” adalah merupakan satu penempatan yang terdiri daripada gugusan kepulauan orang-orang majoritinya melayu, yang juga dikenali sebagai nusantara. Gugusan ini meliputi Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand sehinggalah ke Selatan Filipina. Rumpun melayu yang bermula sekitar 2500 tahun sebelum masehi membentuk sosio kebudayaan, peradaban politik dan kekuatan ekonomi berpusat di Palembang. Kerajaan purba Srivijaya ini diliputi oleh prinsip keagamaan Hinduisme, juga Buddhism yang kuat bertapak diseluruh gugusan kepulauan pada masa itu.
Penyebaran Islam hanya tersebar luas sekitar kurun ke 13 masehi dimulai oleh golongan pemerintah dan bangsawan sebelum ianya tersebar terus, melalui kedua2 golongan ini, kepada rakyat jelata. Penyebaran dakwah-dakwah Islam ini dilakukan oleh mubaliq-mubaliq dari negara Arab, China dan India yang datang sebagai pelabur juga pedagang. Di Tanah Melayu, penyebaran Islam berpusat di Melaka, sesuai dengan kedudukan strategiknya sebagai pelabuhan utama di Nusantara dan pemonopoli kepada urusan di sekitar Selat Melaka. Maka sedikit demi sedikit terhapuslah kebudayaan yang berpaksikan Hinduisme dan Buddhism dan digantikan dengan dakwah Islamiah yang berjaya menembusi bukan sahaja golongan bangsawan tetapi juga orang kebanyakan di Tanah Melayu.

Kedudukan strategik Melaka ini yang pada awalnya penyumbang kepada penyebaran Islam di Nusantara telah dihidu oleh pihak kolonial melalui Syarikat Hindia Timur dengan bertopengkan perniagaan rempah ratus & bahan-bahan pertanian. Umum mengetahui kedatangan kolonial ini mempunyai maksud tersirat selain dari faktor perniagaan mereka juga bercita-cita untuk meneruskan penjajahan teritorial dan agama. Akhirnya pada tahun 1511 kerajaan Melaka tewas dan dengan itu juga bermulalah penjajahan demi penjajahan (teritorial dan minda khususnya) selama lebih 450 tahun.

Secara teorinya, konsep Islam telah terpakai sejak kurun masehi ke 13 lagi. Walaubagaimanapun adat-adat dan kebudayaan lama masih digunapakai selama ianya tidak bertentangan dengan akidah dan konsep keislaman itu sendiri. Adat2 dan kebudayaan yang bertunjangkan Hinduisme & Buddhism ini masih terpakai dari konsep perkahwinan sehinggalah kepada konsep Raja berpelembagaan. Contohnya konsep “Dewa raja” yang diamalkan oleh kerajaan awal di nusantara berperanan memperkuatkan lagi sistem raja berkuasa mutlak yang sudah sedia kukuh di nusantara.

Kedatangan Islam telah banyak merubah aspek politik, sosio budaya dan sistem sosial yang diamalkan di Nusantara. Pelbagai sistem sosial masyarakat disesuaikan konsep keislaman manakala adat-istiadat ala Hinduisme dan Buddisme dihapuskan. Kedatangan Islam juga memberikan impak yang besar kepada penularan revolusi keilmuan yang bukan sahaja dimonopoli oleh golongan bangsawan tetapi juga segenap golongan marhaen. Ini merubah secara total pemikiran masyarakat nusantara pada waktu itu. Golongan berilmu pengetahuan akan diangkat martabatnya di mata masyarakat dan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada segala permasalahan. Perubahan ini terjadi kerana Islam itu sendiri bersifat cara hidup yang fleksibel dan bukannya sesuatu yang pelopori oleh sesuatu golongan atau kumpulan. Namun begitu pasca 1511, minda dan pemikiran masyarat Nusantara ini tadi telah ditalakan dengan ideologi kolonial yang sekular walaupun tidak sepenuhnya meruntuhkan identiti melayu itu sendiri. Indoktrinasi pemikiran ini mewujudkan suatu budaya kebergantungan kepada penjajah sehinggalah era kebangkitan nasional besar-besaran sekitar 1950an.

Usaha-usaha menanam doktrin budaya kebergantungan ini banyak ditanam oleh kolonial British selepas pembukaan Pulau Pinang dan Singapura. Kemasukan pihak kolonial membawa dua maksud iaitu membolot ekonomi dan kekayaan di Nusantara dan kemudiannya menyebarkan fahaman liberalisme. Sebagai contoh, ada Residen British yang dihantar ke Malaya pada waktu itu merupakan ahli orientalis yang bertujuan bukan sekadar berorientasikan aspek ekonomi, tetapi juga menyebarkan fahaman Barat ke dalam minda masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun kedatangan Islam yang membawa bersama keilmuan yang jitu telah menseimbangkan indoktrinasi ini. Ilmuan terkenal seperti Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan Hamzah Pansuri antaranya berjaya mewujudkan pemikiran profesional ke dalam masyarakat Nusantara pada ketika itu. Pemikiran profesional ini berjaya menolak fahaman sekularisme yang dibawa oleh British seperti pengasingan ulama terhadap perkara-perkara berkaitan keugamaan (syariah) tanpa boleh menyentuh aspek undang-undang sivil. Pun begitu bait-bait indroktrinasi sekularisme ini sampai juga kepada pemikiran pemimpin-pemimpin pra kemerdekaan termasuklah Bapak Sukarno di seberang dan Tunku Abd Rahman di Tanah Melayu....
Part Seterusnya

Bagaimana indoktrinasi ini mempengaruhi senario politik pra kemerdekaan & penubuhan parti arus politik kebangsaan. Adakah ianya masih relevan sehingga hari ini dan masa depan??? Sambungannya kemudian nanti...(kalau ada mood nak menulis lagi la...)

Sebelum mengundur diri penulis suka menempelkan sajak Usman Awang berjudul ‘Melayu’ (1999) untuk tatapan pembaca...
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adatJangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
”Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Ref:
i. Sejarah Melayu ‘Salatus Salihin’ – Tun Seri Lanang
ii.
http://rajamenangis.blogspot.com/
iii. http://www.scribd.com/doc/7861614/Pengenalan-Ilmu-Ketamadunan
iv.
http://www.kesturi.net/archives/366
v. 'Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu' – Syed Muhammad Naquib AL-Attas
vi. Blog2 dan buku-buku tawarikh

1 comment:

capri... said...

Buat tatapan Zam yang komplen blog tak update...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...