March 17, 2011

Super Kinta

Super Kinta bakal dihidupkan semula
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my, 17 Mac 2011

IPOH 16 Mac - Lebih 10 tahun lalu, kompleks membeli belah Super Kinta di sini merupakan pasar raya paling popular dan menjadi tumpuan orang ramai di bandar raya ini. Ini kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar dan terletak di bangunan Pasar Besar Ipoh yang turut menempatkan perniagaan pasar basah serta pelbagai gerai jualan lain. Namun, entah di mana silapnya, Super Kinta terpaksa 'gulung tikar' lapan tahun lalu berikutan kemunculan beberapa kompleks membeli belah yang lebih besar dan moden di bandar raya ini.

Dalam tempoh lapan tahun itu, ada beberapa syarikat pelabur, termasuk dari luar yang berminat memajukan bangunan Super Kinta itu, tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan sehingga kini. Kini, harapan penduduk bandar raya ini untuk melihat bangunan berusia 29 tahun itu kembali beroperasi mungkin menjadi realiti setelah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Persatuan Komputer dan Digital Perak berminat untuk memajukannya.

-----------------------

I guess it’s about time Ipoh’s long forgotten building, Super Kinta be renovated to bring back its glorious days. Tebing Sungai Kinta tu pun dah diberikan nafas baru inikan pulak bangunan yang pernah satu ketika dulu menjadi mercu tanda bandaraya Ipoh. Memori dan Super Kinta sangat-sangat relevan pada aku dan gagal untuk dipisahkan. Sejak pandai naik bas ke pekan Ipoh, itulah satu-satunya tempat paling afdal untuk ditujui selain dari Lokin, Bazar Bulat dan Restoran Vanggey. Lokin dengan Bazar Bulat tempat tuntuk mencari barangan sukan, cari kasut bola, jamu-jamu mata tengok orang jual ubat dsbgnya. Kalau Vanggey tu nasik ganja la paling top masa tu (huh! Berapa banyak kolesterol tersimpan daa..)

Lokin dah beralih-alih tempat sejak mula-mula diperkenalkan. Dulu tempatnya di lorong belakang bangunan Bazar Lam Looking, sekarang dah dikenali dengan nama Memory Lane (hari minggu dan pada setiap malam). Tempatnya pulak amat strategik, luas dan mudah dikunjungi. Bazar Bulat tu sedang direnovate agaknya nak jadikan bujur pulak kot? Nasi ganja Vanggey masih berdiri teguh.

Super Kinta lain skit. Itulah tempat untuk bershopping (konon) juga tempat untuk berdating. Kadang-kadang itulah juga tempat melepak dan tengok-tengok SYJ sama MAY jamming lagu-lagu rock masa tu. Kalau keluar dengan budak-budak Sekili hujung minggu, habis je pusing Super Kinta sama Yik Foong (Daim sama Apit rasanya suka ‘melencong’ ke Jubilee Park), pusat penjaja Taman Kanak-kanak Ipoh tu la tempat lepaknya sebab ada gerai si Pedok. Padang Kanak-kanak tu kami la yang ‘berkuasa’. Bebudak sekolah Izzudin sama STAR angkat muka pun tak berani. Malamnya lepak pulak di gerai Nuar Congo di Medan Selera depan bangunan keretapi. Sekali sekala pi pulak libur kat Rex sama Majestic nonton wayang kungfu Cina.

Padang kanak-kanak tu sekarang dah jadi port Indon sama Bangla berkuasa. Aku yang sekali sekala lalu kat situ pulak yang dah tak berani angkat muka. Gerai selera depan bangunan keretapi tu pulak dah lama melingkup. Dulu ada satu kedai tu nama Sabar Menanti, sekarang dah tak sabar-sabar dah pindah sampai stadium sana. Pedok (Nasaruddin) sama Nuar Congo dua-duanya dah jadi perwira negara. Sorang TLDM, Nuar pulak dah jadi drebar Mig-29 TUDM agaknya.


YATI YANG COMEL

Sambung balik tentang Super Kinta ni, kat situlah aku selalu ’ushar’ Yati. Yati ni kira marka paling comel seluruh Gugusan Manjoi dan segala takluk jajahannya pada masa itu (at least pada mata aku la). Aku jumpa dia first time masa Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia kat Stadium Azlan Shah. Masa tu aku rasanya form four dia pulak form one. Ada la sekali tu dengan bantuan kakak dia, aku berjaya buat date pertama dan terakhir kat Pasar Malam High Chapperal. Masa tu aku pakai baju Melayu lagi dating, sangatlah klasiknya. Apa jadi lepas tu aku pun tak boleh recall tapi pendekkan cerita, kiranya ayat-ayat maut aku tak berapa nak maut la agaknya malam tu.

Yati lepas sekolah kerja kat Super Kinta. Dressing blazer merahnya peh! Macam super model sedangkan aku pulak masih 'terperangkap' dengan sneaker hi-cut walaupun dah jadi student kolej waktu tu. Jiwa Rock la katakan. Selalu jugak aku singgah Super Kinta tu tapi sampai sudah tak berani tegur Yati lagi. Tapi tu dulu cerita lama. Yati pun dah berkeluarga bahagia dan berkelana ke Johor. Jarang budak Manjoi pi jauh-jauh sampai Johor tu...hihi!

Anyway, kudos to Dato’ Muhiyuddin kalau nak jadikan Super Kinta tu tempat berniaga businessman Melayu. Sekurang-kurangnya ada jugak tempat bertapak di tengah-tengah bandar. Dulu ada projek ”Satu Daerah Satu Kiosk” kat Medan Kid, melingkup. Megoplex sama Silveritage pun gagal jadi tempat tumpuan. Mungkin Super Kinta boleh menghidupkan semula zaman kegemilangan perniagaan orang-orang Melayu dan dalam masa yang sama mengembalikan kehebatan Mall terbesar di Asia Tenggara (pada suatu masa dulu)....

9 comments:

Anonymous said...

Abg Fadil yg jual mahal... mana nak pandang org tak blaja tinggi cam yt ni... Eeemmm lepas je dari pertemuan kat Pasar Malam Hi-Chapparel tu, yt dah tak jumpa2 lg Abg Fadil. Lenyap terus Abg Fadil dr pandangan... Terasa diri ni x di berkenan. Tu yg yt cam hairan Abg Fadil kata selalu g Super Kinta tu... Kat Super Kinta pun yt tak pernah terserempak pun ngan Abg Fadil. Tapi seronok la baca kenangan2 Abg Fadil masa remaja tu... Tak sangka pulak Abg Fadil dulu "crook" jugak.. Geng lepak2. Emmm..seronoknya kalau dapat stay kat Ipoh... Dekat ngan family...

capri... said...

Bukan jual mahal...Yati masa tu voque, abg Rock...xde 'keberanian'....huhu

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

nostalgia hehehe

capri... said...

Yun: dolu-dolu punya cerita...:)

Anonymous said...

Comelnya Yati tu En Fadil...kim salam!

Anonymous said...

Waalaikumussalam.... tu gmbr lama la.. kalau tgk gmbr baru dah lain dah jadi nya...

capri... said...

Tu ha Yt dah jawap salam.. :)

Anonymous said...

I think you'll want to get a twitter icon to your site. Just bookmarked this url, but I had to complete it by hand. Just my suggestion.

Anonymous said...

Betapa indahnya kenangan lama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...