Selama tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang telah banyak perkara-perkara yang diusulkan oleh Lim Guan Eng (LGE) be it yang produktif, sensitif ataupun yang senseless. Yang pentingnya usul. Bermula saja pemerintahan Pakatan, Dasar Ekonomi Baru dihapuskan, CAT diperkenalkan dengan alasan kononnya pentadbiran akan menjadi lebih telus, effisyen. Maka berdemolah puak-puak pembangkang diketuai beberapa pemimpin UMNO negeri yang masih berjaya mengekalkan satu dua kerusi DUN. Demo tak kemana DEB dibakulsampahkan oleh LGE dan konco-konconya. Kemudian timbul pula dasar pembersihan restoran-restoran haram diketuai oleh samseng KOMTAR Ng Wei Aik. Ironinya hanya restoran-restoran mamak dan peniaga Melayu kaki lima di’bersih’kan. Bagi memberikan keselesaan kepada peniaga-peniaga Cina, jalan di New Lane, Chai Leng Park, Batu Uban boleh ditutup bagi tujuan perniagaan kiasu. Johar Ismail (pemilik kafe Do Re Mi) boleh balik rumah tengok Laksa Mana? Do Re Mi lawak P Ramlee sama Tompel dan Ibrahim Din. Kampung Pala juga terpalit, mengamuk India2 setinggan di situ.
Tak habis dengan itu, timbul pula cerita perarakan Maulidur Rasul, isu duit Kuda, isu Valentine, terbaru isu Bible Bahasa Melayu, isu My Balik Pulau (aku sempat bercerita panjang dengan Prof Murad Merican berkenaan isu yang dibangkitkan beliau ”Melayu Pulau Pinang tewas dengan maklumat, teknologi?” dalam The Malaysian Insider. Jarang TMI bagi ruang pada seorang penulis, pemikir yang dianggap pro kerajaan?
WAIT SEMINIT
Bukan isu yang di atas yang hendak aku bawa pada kali ini. Isu di atas tu aku memang dah jangka sejak hari pertama Pulau Pinang diambil alih lagi. Aku teringat seseorang yang agak totok dengan perjuangan PAS dan aku pernah beberapa kali berdebat dengan beliau tentang perjuangan, hala tuju dsbgnya. Hamba Allah ini bila ditanya kenapa PAS tidak menjalankan hukum hudud, syariah di dalam pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah? beliau akan sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat yang pasti tidak akan membenarkan usul tersebut dikemukakan ke Parlimen. Kali kedua soalan ditanya sama jugalah jawapannya. Masuk kali ketiga jawapan yang sama diberikan maka fahamlah aku memang itulah obstacle kerajaan pimpinan Nik Aziz dan Ustaz Azizan.
Cuma yang aku tak faham, kenapa LGE dengan bersahaja boleh menukar segala bala polisi dan undang2 di Pulau Pinang, tetapi tidak di Kelantan dan Kedah. Kalau di Kedah mungkin juga sebab Pakatan masih baru memerintah tetapi halnya berbeza di Kelantan. Pemerintahan sudah berdekad-dekad. Kenapa tidak saja promosikan di dada-dada akhbar alternatif, medan internet yang kerajaan Kelantan akan menjalankan hukum syariah pada sekian-sekian haribulan. Kalau kerajaan Pusat menghalang confirm kufur. Jadikan negeri itu model pemerintahan Islam yang sebenarnya. Be bold macam LGE bilamana dia nak menghapuskan DEB di Pulau Pinang. Orang Islam, orang Melayu khasnya bukannya bodoh macam 20-30 tahun lepas. Orang sekarang dapat membezakan mana satu politiking mana satu implementation. So buka minda dan fikir-fikirkanlah....
Happy Anniversary Al Kulipahtun… Sekurang2nya nama LGE ada dalam wikipedia, kita ade?
P/s – Aku? Aku masih neutral.
1 comment:
Nice blog check out my arcade site!
[url=http://blackpenguin.net]fun games[/url]
Post a Comment